Holly Madison Ambil Perlindungan Insuran Payudara

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Holly Madison
Holly Madison

JIKA kebanyakan orang mengambil pelindungan insuran pendidikan, kesihatan mahupun kereta, berbeza bagi bekas bintang Playboy, Holly Madison, dia telah mengambil insuran khas buat payudaranya.

Bagi Madison dia menganggap payudaranya yang bersaiz 36D yang diperoleh selepas melakukan pembedahan plastik sebagai satu aset terpenting dalam hidup dan kariernya.

Katanya dia memutuskan untuk mengambil perlindungan itu kerana jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Madison sehinggakan dia tidak boleh beraksi erotik di Peepshow, Las Vegas, sekurang-kurangnya dia ada wang yang boleh menampung kehidupannya.

"Saya pernah mendengar ada orang yang mengambil perlindungan insuran bagi beberapa bahagian tubuhnya.

"Jadi saya berfikir, mengapa tidak untuk saya turut berbuat demikian, Ini kera jika sesuatu yang terjadi pada payudara saya, semestinya saya akan kehilangan beberapa juta dolar.

"Bagaimanapun, diakui saya terasa aneh ketika meminta perlindungan tersebut kepada agen insuran saya. Terasa lucu pun ada kerana saya telah memberi penghormatan yang besar kepada aset saya ini," katanya yang pernah menjalinkan hubungan dengan pengasa Playboy, Hugh Hefner.

Difahamkan, nilai insuran yang diambil oleh Madison telah mencapai lebih daripada RM3 juta.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan