Siti Nurhaliza Terbit Album Inggeris Bukan Mahu Menunjuk

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti menunjukkan album Inggeris pertamanya. 'All Your Love'. Foto SHAARI CHE MAT
Siti menunjukkan album Inggeris pertamanya. 'All Your Love'. Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Penerbitan album berbahasa Inggeris pertama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love bukan kerana beliau mahu menunjuk-nunjuk untuk menyanyi lagu dalam bahasa itu sebaliknya ingin mengembangkan kerjaya seninya pada peringkat yang lebih tinggi.

Siti berkata, penerbitan album tersebut ibarat kelahiran semula dirinya dalam industri muzik memandangkan ini adalahlah kali pertama dia muncul dengan album berbahasa Inggeris.

"Saya bukan nak buktikan apa-apa kepada orang luar yang saya juga boleh mempunyai sebuah album Inggeris tetapi ia merupakan langkah baru dalam mengembangkan karier saya.

"Bagi saya, penghasilan album ini agak mencabar untuk membawa setiap lagu yang dinyanyikan serta penerimaan orang terhadap album ini," katanya selepas pelancaran album All Your Love di Restoran Shook, Starhill, di sini, Isnin.

Tambah Siti, dia juga sudah bersiap sedia menerima respons daripada peminat-peminatnya dan bersedia menerima kritikan.

Malah dia juga bersyukur sejak album tersebut dipasarkan pada 24 September lalu, cetakan pertama sebanyak 3,000 salinan album telah habis dijual.

"Alhamdulillah, walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Siti, walaupun membawa lagu Inggeris, dia tetap ingin menerapkan muzik Melayu dalam setiap lagu nyanyiannya.

"Saya percaya, jika penyanyi antarabangsa, Syakira boleh membawakan lagu Inggeris ala Latin, saya juga boleh berbuat demikian.

"Di mana saya membawakan lagu-lagu tersebut mengikut cara tersendiri dan tidak perlu terlalu mengikut cara nyanyian ala orang Barat," katanya.

Album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You (menampilkan Sean Kingston) diterbitkan oleh syarikat milik anak tirinya Adib Khalid iaitu What's Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production. Ia adalah edaran Warner Music Malaysia.

Sementara itu menurut Adib, pihak What's Up sedang merangka strategi memasarkan album berkenaan ke peringkat antarabangsa.

"Kami tidak mahu membuat sesuatu perkara secara mendadak. Mula-mula, What's Up akan fokus kepada pasaran di Malaysia dan tidak lama lagi ia akan berada di Indonesia pula diikuti dengan Singapura serta Brunei.

"Selepas itu kami akan memasarkan di negara-negara Asia dan barulah ke Eropah. Bagaimanapun semua itu masih lagi dalam perancangan," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan