Suria FM Anjur Pelbagai Aktiviti Untuk Tarik Pendengar

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusri Abu Samah.
Yusri Abu Samah.

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM meraikan pendengarnya dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini termasuk menganjurkan Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada 1 Oktober ini.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah menganggap musim perayaan tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.

“Minggu ini merupakan minggu terakhir kami menganjurkan peraduan Kereta ‘Raya’ Proton Inspira dan antara 60 pendengar bertuah itu berpeluang memenangi hadiah kereta tersebut yang akan diketahui pada 29 September ini, pukul 3 petang di Tropicana City Mall.

“Setakat ini, pendengar-pendengar yang terpilih sudah mengetahui keputusannya setelah kita menutup peraduan itu pada Jumaat. Cuma mereka perlu datang pada 29 September ini dan masing-masing perlu membuka pintu kereta dengan kunci yang diberikan,” kata Yusry kepada mStar Online.

Bukan itu sahaja, mereka yang hadir juga layak menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50.

“Hanya seorang pendengar yang memegang kunci kereta itu dan pendengar yang bertuah itu akan berjaya membawa pulang kereta Proton Inspira.

“Namun, peserta yang tidak bernasib baik tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya akan menerima hadiah wang tunai yang akan diserahkan pada hari yang sama,” ujarnya lagi.

Menyentuh tentang ‘Konsert Kemuncak Raya Suria FM’ pada 1 Oktober ini, ia akan dijayakan oleh artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, Mawi, Awi Rafael dan Adira di Dataran Putrajaya bermula pukul 8 malam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan