Karyawan & PBANK Anjur Malam Amal Bantu Artis

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malam Gala Seribu Bintang 2011 yang bakal diadakan pada 19 Oktober depan merupakan usaha Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengumpul dana Tabung Penggiat Seni Karyawan persatuan itu.

Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, malam amal itu turut bertujuan mendapatkan dana untuk Persatuan Benca Alam Negeri Kedah (PBANK) yang bekerjasama menjayakan majlis berkenaan.

Ia bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur.

Freddie berkata, idea untuk mengadakan majlis itu tercetus daripada ilham Naib Yang Dipertua I PBANK , Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah yang mahu masyarakat di luar sana membantu golongan memerlukan termasuk para artis.

"Idea ini datang daripada beliau yang prihatin bukan sahaja kepada seluruh rakyat negeri Kedah melalui PBANK tetapi juga berhasrat untuk membantu golongan artis yang sedang terlantar sakit atau memerlukan bantuan tertentu.

"Usaha sama antara Karyawan dan PBANK juga bukan kali pertama dan kami sering mengadakan pelbagai majlis amal untuk mendapatkan dana bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Freddie berkata, kutipan daripada majlis itu akan turtu disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana sejak dua bulan lalu di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Baling, Kuala Muda, Kota Setar dan Pendang.

Sementara itu, Freddie memberitahu, antara artis yang bersetuju untuk bersama-sama menjayakan majlis itu nanti adalah Natasha Hudson, Vanidah Imran dan Neelofa selain beberapa model terkenal yang bakal memperagakan busana eksklusif rekaan pereka terkenal, Albert King.

Katanya lagi, pada malam itu juga penyanyi Jamal Abdillah, Aishah, Datuk Julie Sudiro dan Ibnor Riza telah mengesahkan untuk tampil membuat persembahan istimewa.

Bagaimanapun Freddie berharap akan lebih ramai artis tempatan tampil untuk menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga bakat mereka dengan menghadiri majlis tersebut.

Beliau berkata, pihak korporat atau persendirian yang ingin menyumbangkan tajaan pada malam itu boleh melakukannya melalui pembelian meja dengan harga istimewa.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai acara tersebut boleh menghubungi PBANK di talian 03 - 7955 6211 atau Persatuan Karyawan 012-2071 400.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan