Minda Nubhan Semakin Luas Selepas Keluar AUR

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nubhan
Nubhan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad, 25, mengakui mindanya lebih terbuka selepas keluar daripada syarikat rakaman Artist United Records (AUR) pada April lalu.

Bernaung di bawah syarikat rakaman sendiri, Nubhan Entertainment, dia berasa bebas berkarya selain lebih terarah dalam menentukan hala tuju walaupun dia mengetahui agak sukar untuk bergerak sendiri.

"Saya mempunyai cita-cita sendiri. Sebelum ini saya hanya duduk diam dan menunggu panggilan daripada pihak pengurusan jika terdapat tawaran nyanyian atau berkaitan dengan kerjaya seni saya.

"Tetapi kali ini lain, saya bebas memilih hala tuju sendiri. Biarlah kerjaya seni saya bergerak secara perlahan, apa yang penting perancangan saya itu menjadi kenyataan,” katanya.

Tambah anak kelahiran Negeri Sembilan ini, dia ingin menerokai sendiri tentang dunia muzik tempatan dan belajar daripada orang yang lebih berpengalaman.

Dalam pada itu, Nubhan bakal muncul dengan sebuah lagu baru yang belum ada tajuknya yang dihasilkan oleh Tam (Spider) dan liriknya ditulis oleh M.Nasir. Lagu tersebut menggantikan single lagu Mata Hati.

Sementara itu kata Nubhan dia masih tidak mempunyai teman wanita dan enggan bercinta dalam jangka masa terdekat.

"Sekarang ini saya ada misi untuk dicapai di mana saya ingin mengumpul aset harta selain mengembangkan karier nyanyian.

"Justeru itu, saya tolak ke tepi dahulu bab-bab percintaan kerana risau misi saya tersasar kerana komitmen cinta pula," selorohnya.

Kata Nubhan, walaupun jika ada wanita yang berjaya menarik minatnya, dia akan cuba menolak jauh perasaan itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan