Berat Badan Beego Turun Kerana 'Libas'

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram semata-mata untuk berlakon dalam filem Libas.

Kata Beego, dia terpaksa mendapatkan berat yang sesuai dengan watak Megat yang dilakonkan dalam filem tersebut.

"Sebelum berlakon filem ini berat badan saya hampir 80 kilogram dan tidak sesuai dengan watak Megat yang diberikan kepada saya.

"Jadi pengarah, Jurey Latiff menasihatkan agar saya menurunkan berat badan sedikit supaya lebih kelihatan sebagai seorang atlet," katanya ketika ditemui selepas Pra tonton filem Libas, di sini, Rabu.

Tambahnya, pelbagai usaha dilakukan untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sebelum penggambaran filem tersebut dimulakan.

"Pelbagai usaha saya buat untuk turunkan berat badan ini, Alhamdulillahlah saya dapat turunkan sebanyak tujuh kilogram dan hingga sekarang saya dapat kawal berat badan agar tidak seperti dulu," katanya.

Sementara itu, pelakon yang popular dengan sitkom “Puteri” ini berkata Libas, merupakan filem aksi pertamanya sejak bergelar pelakon.

"Saya sebelum ini selalu diberikan watak-watak komedi tapi kali ini saya bawa watak serius dan sedikit antagonis dan ia juga merupakan filem aksi pertama yang agak mencabar.

"Saya bangga dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Johan Raja Lawak, Corrie Lee dan Scha Alyahya," katanya.

Bercerita tentang pengalaman menjayakan filem tersebut, Beego berkata dia merupakan orang pertama yang tercedera sebelum Rosyam Nor.

"Saya dimasukkan ke hospital tiga hari sebelum Rosyam cedera, kedua-dua kaki tulang kaki saya retak dan tidak boleh berjalan," katanya.

Filem Libas arahan Jurey Latif ini bakal ditayangkan pada 29 September mengisahkan tentang perjuangan pemain-pemain sepak takraw Malaysia yang ingin merampas semula gelaran juara daripada Thailand.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan