Yusof Haslam Ambil Berat Respons Peminat Di Internet

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusof Haslam dan isteri sewaktu mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya di Hulu Kelang. - Foto NORAFIFI EHSAN
Yusof Haslam dan isteri sewaktu mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya di Hulu Kelang. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam, 57, akan mengambil berat terhadap respons orang ramai melalui Internet mengenai produk keluaran syarikatnya, Skop Production.

Dia percaya setiap respons berbentuk kritikan mahupun pujian bakal memberikan kesan kepada penjualan produk yang dihasilkan oleh syarikatnya.

“Saya rasa sangat penting untuk mengambil tahu komen peminat di Internet tetapi saya tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima sesuatu produk itu.

“Saya akan memuat naik trailer filem terbaru terbitan saya di laman YouTube untuk melihat sejauh mana sambutan yang diberikan oleh peminat.

“Untuk filem terbaru saya berjudul Aku Bukan Tomboi yang akan ditayangkan pada 17 November ini, saya dapati seramai 156, 423 orang yang menonton trailer filem itu sejak disiarkan di YouTube lebih sebulan lalu manakala seramai 233 orang yang menyukainya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Yusof di rumahnya di sini.

Seperti filem KL Gangster yang telah ditayangkan dan mendapat kutipan lebih RM10 juta, Yusof begitu positif mengharapkan filem Aku Bukan Tomboi mendapat sambutan yang baik.

Selepas kemunculan filem tersebut, sebuah lagi filem berjudul Jalan Kembali…Bohsia akan ditayangkan. Kini filem ini sedang melalui proses suntingan akhir.

Yusof akui, walaupun deretan filem lain yang bakal menjengah pawagam sehingga Jun tahun depan, dia masih lagi memberikan tumpuan kepada penerbitan drama.

“Saya masih lagi aktif menghasilkan drama kerana drama banyak menjana ekonomi syarikat saya sejak tahun 1995.

“Jika sebelum ini saya lebih banyak bekerjasama menghasilkan drama dan program televisyen di RTM, tetapi kini saya turut membuka ruang kepada stesen televisyen lain seperti Astro dan TV3.

“Bagaimanapun, saya perlu seimbangkan pengisian drama dan program TV antara RTM dan stesen lain bermula tahun depan kerana saya tidak mahu ‘menderhaka’ dengan RTM,” ujarnya yang telah setia selama 26 tahun dengan RTM.

Antara program televisyen popular yang telah dihasilkan untuk RTM seperti Gerak Khas, Si Capik, Sembilu dan Roda Roda Kuala Lumpur. Terbaru, dia akan menerbitkan drama bersiri Evolusi KL Drift untuk disiarkan di RTM.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan