Filem 'Bunohan' Diedarkan Peringkat Antarabangsa

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal Hussein merupakan salah seorang pelakon filem Bunohan.
Faizal Hussein merupakan salah seorang pelakon filem Bunohan.

PETALING JAYA: Filem Bunohan yang ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) minggu lalu akan turut ditayangkan di United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Menurut pengarahnya, Dain Said, filem tersebut telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures bagi negara-negara berkenaan.

“Filem ini telah mendapat persetujuan daripada pihak Universal Pictures untuk diedarkan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand,” katanya.

Dain sudah kembali ke Malaysia dan bersedia untuk berkongsi pengalamannya sewaktu menyertai tayangan perdana di Toronto yang diadakan bermula pada 17 hingga 24 September ini.

Filem tersebut dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim. Ia turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor.

Selain itu, model tinggi lampai Tengku Azura dan pengarah filem indie Ho Yuhang turut terlibat dalam filem ini.

Filem ini diterbitkan oleh Nandita Solomon sementara Tim Kwok dari Entertainment Convergence pula bertindak sebagai penerbit bersama.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan