Astro Ceria Siar Drama Bersiri 'Cuak' Bermula Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon bergambar kenangan selepas sidang media drama komedi 'Cuak' baru-baru ini.
Barisan pelakon bergambar kenangan selepas sidang media drama komedi 'Cuak' baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Saluran Astro Ceria bakal membawakan sebuah drama bersiri komedi misteri terbaru sesuai untuk hiburan kanak-kanak dan seisi keluarga berjudul 'Cuak'.

Menurut pengarahnya, Azmi Hatta, drama bersiri 13 episod itu bakal memulakan episod pertamanya mulai Ahad ini pada pukul 10.30 pagi menerusi saluran 611.

"Cuak merupakan drama bersiri lucu dan penuh misteri yang mempunyai plot berbeza setiap episod tetapi masih mengekalkan sub-plot sama bagi mengekalkan jalan cerita.

"Walaupun ia disiarkan di saluran kanak-kanak, 'Cuak' turut menyasarkan golongan remaja dan ibu bapa untuk turut bersama-sama menonton," ujarnya.

Azmi berkata, pihaknya menganggarkan drama tersebut mendapat sambutan daripada penonton memandangkan waktu siarannya pada hujung minggu.

'Cuak' mengisahkan tentang keluarga Bahaman yang pulang ke kampung untuk mencari atuk mereka yang hilang. Anak sulungnya, Danial seorang yang kuat tetapi penakut.

Walaupun penduduk kampung percaya bahawa atuk telah meninggal dunia, keluarga Bahaman tetap percaya bahawa atuk mereka masih hidup.

Dari situ pelbagai kisah lucu dan menarik berlaku dalam usaha mencari atuk mereka yang hilang.

Menampilkan barisan pelakon baru dan lama seperti Mia Sara, Delimawati, Watie (Elite), Aliff Satar dan Shahrulnizam Kamaludin,'Cuak' turut menampilkan dua bintang daripada Dewi Remaja 2010 iaitu Anis Al- Idrus dan Siti Azar Ameerah.

"Alhamdulillahlah kerjasama pelakon amat baik dalam menghasilkan drama yang dirakamkan di sekitar Kuala Selangor dan saya amat berpuas hati dengan komitmen semua pelakon.

"Malah tidak susah bekerja dengan pelakon cilik, adik Mia Sara yang memberikan komitmen baik dan senang bekerja dengannya," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata, pihaknya yakin drama tersebut mampu menarik perhatian segenap lapisan penonton kerana 'Cuak' mempunyai jalan cerita da skrip kuat yang dekat hati penonton.

"Kami mencadangkan ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak untuk menonton drama bersiri ini kerana ia mampu memberikan pelbagai pengajaran di sebalik elemen komedi di dalam drama tersebut," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan