Lagu Aliff Satar Guna Khidmat Komposer Tempatan

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aliff bakal muncul dengan album baru pada 23 Oktober depan.
Aliff bakal muncul dengan album baru pada 23 Oktober depan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Satar menjelaskan single terbarunya, Lelaki Seperti Aku diterbitkan sepenuhnya di Malaysia dengan bantuan pemuzik Zimie daripada kumpulan Sofaz.

Aliff ketika ditemui baru-baru ini berkata, walaupun ia dicipta oleh Panji Sakti iaitu komposer daripada Indonesia, kerja-kerja rakaman adalah menggunakan khidmat pemuzik tempatan.

"Ya benar lagu itu dicipta oleh komposer Indonesia tetapi kami menerima lagu tersebut dalam keadaan 'raw' dan semua proses penerbitan lagu tersebut dilakukan sepenuhnya di sini," ujarnya.

Baginya, ia bukan satu isu apabila ada pihak cuba mempertikaikan mengapa artis negara ini gemar menggunakan khidmat komposer luar mencipta lagu untuk mereka.

"Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun jadi saya tidak lihat di mana salahnya jika kita ingin bekerjasama. Lagipun muzik adalah bersifat universal," katanya.

Sedikit kecewa dengan tanggapan sesetengah pihak mengenai perkara itu, Aliff menjelaskan dia memilih untuk merakamkan lagu Lelaki Seperti Aku kerana iramanya yang 'catchy' dan boleh di dengar oleh semua golongan.

Bakal muncul dengan album terbaru pada 23 Oktober depan, buah tangan terbarunya itu bakal memuatkan lapan buah lagu dan selain Panji dan Zimie, penyanyi baru, Amirah Ali turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul There We Go.

Selain lagu ciptaan Amirah, Aliff memberitahu dia turut merakamkan sebuah lagu duet nyanyian asal Kelly Clarkson berjudul Timeless bersama penyanyi daripada Filipina, Julia Abueva.

"Alhamdulillahlah pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang dibayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada.

"Peluang merakamkan lagu duet bersama Julia yang baru mencecah 16 tahun pula cukup mengagumkan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan