TV1 Siar Kisah Duda Mencari Cinta Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah telefilem menarik lakonan pelakon hebat Nasir Bilal Khan dan Yatt Hamzah berjudul Kalau Hati Dah Suka bakal disiarkan pada 18 September ini, pukul 10 pagi di TV1.

Telefilem yang memaparkan kisah suka duka seorang lelaki berstatus duda ini turut dibintangi pelakon-pelakon ternama seperti Nadia Mustapha, Kathy Azean dan Wan Maimunah.

Drama mengisi slot Panggung Ahad ini mengisahkan Zukri lakonan Nasir Bilal Khan yang merupakan seorang ahli perniagaan kematian isteri sejak 3 tahun yang lalu.

Ahli keluarga cuba menjodohkan Zukri dengan berbagai calon isteri tetapi Zukri tidak punya hati untuk berkahwin lagi sehinggalah dia bertemu Jija (Yatt Hamzah), seorang gadis jelita yang manja selain berjaya menambat hatinya.

Jija diperkenalkan pada anak-anak Zukri yang lebih tua daripada Jija. Maria (Kathy Azean), anak sulung membantah tetapi Noris (Nadia Mustapha) anak bongsu berpihak pada Zukri.

Bagi Noris, apa yang penting adalah kebahagiaan ayah mereka. Maria fikirkan bahawa Jija hanya mahukan harta ayah mereka tetapi apabila mendapat tahu bahawa Jija datang daripada sebuah keluarga kaya raya, mereka malu sendiri.

Amran, ayah Jija tiada bantahan terhadap hubungan Jija dengan Zukri malah Amran dan Zukri yang sebaya boleh bermain golf bersama.

Akan tetapi Norlie, ibu Jija tidak berkenaan langsung pada pilihan hati Jija. Norlie menganggap Jija rabun dan juga gila kerana menggilai Zukri. Norlie juga sakit hati kerana Jija menolak lamaran Edi, anak kepada kawan baik Norlie.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan