Norazlina Redzuan Kembali Jadi Pengacara

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datin Nor Azlina Redzuan sebagai pengacara program Intai Intai Deko. FOTO ART CHEN
Datin Nor Azlina Redzuan sebagai pengacara program Intai Intai Deko. FOTO ART CHEN

PETALING JAYA: Selepas genap setahun meninggalkan kerjaya sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3, Datin Norazlina Redzuan membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan dekorasi.

Norazlina atau lebih mesra dengan panggilan Alin berkata, minatnya dalam dunia hiasan dalaman menyebabkan dia menerima tawaran mengacarakan rancangan berkenaan yang diberi nama Intai-Intai Deko.

“Ketika ditawarkan untuk program ini saya sangat bersyukur dan teruja kerana dekorasi merupakan antara perkara yang saya minati dan program dekorasi yang ingin dipaparkan ini mempunyai konsep berbeza dari program dekorasi biasa.

"Namun begitu pada awalnya saya berasa kurang yakin kerana hampir enam tahun tidak mengacarakan program," katanya ketika ditemui pada pelancaran program majalah dokumentari Intai Intai Deko di Sri Pentas di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Alin turut menolak pandangan segelintir pihak tentang penglibatan semula selebriti ke dunia penyiaran selepas berkahwin kononnya mempunyai masalah rumah tangga.

"Ini adalah kerjaya, pada saya tidak salah jika selepas berkahwin seseorang wanita itu meneruskan kerjayanya daripada saya duduk rumah dan tidak lakukan apa-apa.

"Lagi pula suami saya sangat memberi sokongan, selain itu ada juga perkara yang kami boleh bualkan atau bertukar-tukar pandangan tentang bidang masing-masing," katanya.

Program Intai Intai Deko merupakan sebuah program gaya hidup yang bertujuan untuk memberi ilham dan inspirasi kepada para penonton dalam menata hias kediaman mereka.

Lebih menarik program 13 episod ini turut menampilkan slot istimewa mendedahkan isi kediaman beberapa orang selebriti tanah air serta individu-individu di dalam episod berbeza.

Program ini akan mula bersiaran pada Khamis ini pukul 11.30 pagi di TV3.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan