Ana Raffali Mahu Kongsi Cara Bersolek

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUA tahun menempa nama dalam industri seni tanah air memberikan impak yang besar kepada penyanyi popular, Ana Raffali, 26.

Dengan mempertaruhkan lagu-lagu ciptaannya yang hangat diputarkan di corong radio, wanita ini berjaya menggondol anugerah seperti Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku dan Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru) di Anugerah Planet Muzik 2011 menerusi lagu Kalau Berpacaran (duet dengan Sohaimi Mior Hassan dan Altimet).

Bukan itu sahaja, pemilik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) ini juga berjaya membuktikan popularitinya kian memuncak apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010.

Biarpun kemenangannya di AJL25 sebelum itu dipertikaikan banyak pihak, sokongan daripada peminat terhadapnya masih menebal dan tidak menghalang untuknya menyandang gelaran juara.

Dalam sibuk berkarya, Ana juga masih sempat meluangkan masanya untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah pada Jun lalu sebagai tanda cintanya kepada negara.

Penyanyi lagu Sehabis Baik ini turut menyibukkan diri dengan projek ‘Sayang Buku’ di sekolah-sekolah rendah dan menengah bermula Julai lalu.

Ana menerusi syarikatnya, About The Letter A Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menyumbangkan buku-buku baru ke perpustakaan sekolah terpilih.

Dengan menggunakan tagline “Baca Selalu, Sayang Buku”, Ana telah menderma buku-buku ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 2, Bandar Kinrara, Puchong.

“Saya lihat ramai pelajar yang teruja apabila mendapat buku baru dan mereka lebih bersemangat untuk membaca apabila melihat buku-buku baru berbanding buku lama,” katanya yang merancang untuk menambah pembelian buku-buku untuk didermakan kepada sekolah-sekolah lain.

Bersolek sejak kecil

Beralih kepada topik kecantikan, Ana akui suka bersolek dan sentiasa bertanya pelbagai soalan berkaitan solekan kepada jurusolek artis.

“Saya suka bereksperimen dengan warna dan suka belajar cara mekap dengan jurusolek artis yang pernah menyolek muka saya. Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana tidak jemu menjawab soalan pelik-pelik daripada saya dan tidak kedekut ilmu,” katanya kepada OopStarz!.

Antara jurusolek artis yang selalu mendandan dan menata rias wajah Ana adalah Deq Sha, Zulfadhli dan Zul Bastari.

“Saya mula menyukai solekan apabila kakak selalu mekap saya di pagi Hari Raya sejak berusia enam tahun. Bila sudah pakai baju Hari Raya yang cantik, terus saya minta kakak tolong mekapkan.

“Biasanya saya lebih selesa mengenakan solekan secara semula jadi dan tidak boleh menggunakan celak terlalu tebal di bahagian mata kerana muka saya akan berubah menjadi lebih garang,” ceritanya.

Sebagai artis, Ana akui dirinya sering menjadi perhatian ramai. Malah dia tidak menolak seandainya ada peminat yang ingin mengetahui cara solekan dan amalan kecantikan yang diamalkanya.

“Kita perlu selalu melihat diri kita di hadapan cermin agar diri sentiasa rapi dan nampak segar. Selepas itu, baru kita yakin untuk bertemu dengan orang ramai.

“Biasanya kita bersolek untuk diri sendiri sahaja, tetapi sebenarnya kita perlu juga bersolek untuk orang lain. Daripada situ akan keluar aura yang memberikan keselesaan kepada orang lain yang memandang. Jadi, orang pun akan menyukai kita.

“Jadi, saya tidak kisah untuk berkongsi apa sahaja yang peminat hendak tahu tentang cara saya bersolek atau menjaga kecantikan sebagai tanda keyakinan dan semangat. Mereka boleh hubungi saya di laman Facebook atau laman sesawang saya@anaraffali.com,” ujarnya lagi.

Foto AZLINA ABDULLAH

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan