Pelancaran Album Siti Nurhaliza Tertangguh Kerana Sean Kingston

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa menangguhkan majlis pelancaran album Inggerisnya All Your Love yang sepatutnya dijadualkan Jumaat (hari ini) kepada 25 September depan kerana masalah di pihak bintang antarabangsa Sean Kingston.

Album yang sepatutnya sudah berada di pasaran itu tergendala kerana proses rakaman terakhir lagu duetnya dengan penyanyi tersebut yang berjudul Remember Me mempunyai sedikit masalah.

“Sepatutnya sudah berada di pasaran pada tetapi proses rakaman Sean Kingston di sana lambat untuk dibawa balik ke sini.

“Kalau nak ikutkan semuanya sudah selesai dan Insya-Allah jika tiada masalah ia akan dipasarkan pada 25 September nanti,” katanya ketika ditemui di studio stesen radio Suria FM, di sini, Khamis.

Siti Nurhaliza hadir bagi mempromosi album Inggeris tersebut dalam segmen Breakfast @ Suria yang dikendalikan oleh Halim Othman, Zizi dan Shira.

Selain itu, Siti turut melancarkan laman web Suria FM.

Dalam pada itu, klip video untuk “single” Falling in Love akan memulakan penggambaran pada Isnin depan di kawasan sekitar pusat beli belah Pavilion.

“Klip video ini akan melibatkan ramai iaitu lebih 500 orang penari profesional, kita menggunakan khidmat pengarah baru iaitu Atom.

“Album ini banyak menggunakan khidmat orang baru yang mana saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Namun saya suka idea-idea yang baru dan segar daripada mereka,” ujarnya.

Selain itu, bercerita tentang kontroversi tuduhan kononnya berus alat solek SimplySiti menggunakan bulu khinzir, Siti berkata ia sudah pun selesai.

“Semuanya sudah selesai, walaupun memang ada terjejas terhadap jualan namun Alhamdulillahlah, masalah itu dapat diatasi dengan baik. Inilah dugaan dalam perniagaan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan