Faezah Elai Sah Bergelar Isteri Heykal Hanafiah

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Heykal ketika majlis akad nikah pada pukul 3 petang tadi.
Heykal ketika majlis akad nikah pada pukul 3 petang tadi.

PULAU PINANG: Dengan sekali lafaz, pelakon Faezah Elai, 29 sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, di sini, kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Faezah menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, manakala Heykal mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin dan kemera.

Faezah anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel.

Dua buah majlis telah berlangsung sebelum acara pernikahan berkenaan iaitu, malam berinai dan majlis khatam Al-Quran

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan