Amitabh Bachchan Berlakon Filem Hollywood Disamping Leonardo DiCaprio

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Bintang Bollywood paling popular, Amitabh Bachchan (gambar) akan muncul dalam filem Hollywood lakonannya yang pertama di samping Leonardo DiCaprio.

Filem tersebut yang merupakan sebuah adaptasi novel klasik berjudul "The Great Gatsby", akan diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures.

Turut membintangi filem terbaru itu bersama Bachchan, 68, ialah Tobey Maguire dan Carey Mulligan. Ia akan diarah oleh pengarah kelahiran Australia, Baz Luhrmann.

Luhrmann adalah peminat filem Bollywood.

Novel tersebut pula adalah karya novelis terkenal, F. Scott Fitzgerald dan diterbitkan pada tahun 1925.

Warner Bros. dalam satu kenyataannya berkata bahawa penggambaran akan bermula minggu ini dan Bachchan akan membawa watak Meyer Wolfsheim, seorang penjenayah atau mafia yang membantu Jay Gatsby menjadi jutawan.

Bachchan telah berada di Australia sejak bulan lalu yang mana sebahagian besar proses penggambaran akan mengambil tempat.

Bachchan telah membintangi lebih 150 buah filem Bollywood. Pada tahun 2008, beliau menerbitkan sendiri filem bahasa Inggeris pertamanya berjudul "The Last Lear".

Maguire pula yang lebih popular sebagai "Spider-Man" akan membawa watak Nick Carraway, yang merupakan seorang penulis novel yang berhijrah ke New York dari Barat Daya Amerika pada tahun 1922 untuk mencari penghidupan serba baru.

Manakala DiCaprio pula akan membawa watak utama sebagai Jay Gatsby sementara pelakon Britain, Mulligan akan menjadi kekasih Gatsby, Daisy Buchanan.

Filem tersebut menelan belanja AS$150 juta (RM450 juta) dan dijangka menemui penonton tahun hadapan.

Bagaimanapun, "The Great Gatsby" bukanlah filem adaptasi pertama daripada judul yang sama. Ia telah pun difilemkan sebanyak empat kali termasuklah yang terakhir pada tahun 1974 dibintangi pelakon kacak Robert Redford dan aktres terkenal Mia Farrow.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan