Rowan Atkinson Bersara Jadi 'Mr Bean'

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rowan Atkinson
Rowan Atkinson

LONDON: Pelakon yang popular dengan watak Mr Bean, Rowan Atkinson mengakui sudah terlalu tua untuk memainkan watak tersebut.

Aktor berusia 56 tahun ini merasakan watak Mr Bean hanya membawakan karakter awet muda sahaja.

“Saya merasakan terlalu tua untuk memainkan watak tersebut, saya melihat Mr Bean sebagai makhluk yang sentiasa muda selama-lamanya. Sedangkan saya pula semakin tua dan tidak sesuai lagi untuk membawakan watak itu,” ujarnya.

Drama Mr Bean pertama kali disiarkan pada tahun 1990 dan berjaya menarik perhatian masyarakat seluruh dunia. Drama tersebut juga mampu bertahan selama lebih lima tahun.

Meskipun mendapat cemuhan, program komedi ini dilihat berjaya kerana mampu meraih 18 juta penonton di seluruh dunia.

Karakter Mr Bean yang dimainkan oleh Atkinson memang unik dan sangat istimewa. Dua filem iaitu Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr Bean’s Holiday yang ditayangkan beberapa tahun lalu mendapat kejayaan besar di pasaran Amerika Syarikat.

Dengan dua buah filem tersebut juga, dia berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1.5 bilion.

Kali terakhir Atkinson memainkan peranan Mr Bean dalam versi kartun pada 2007. Bagaimanapun Atkinson tetap dengan pendirian untuk tidak lagi kembali melakonkan watak tersebut.

“Saya tidak akan memainkan watak Mr Bean lagi. Saya merasa sudah terlalu tua untuk itu,” tuturnya seperti dipetik The Sun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan