Madonna Bakal Muncul Dengan Album Baru

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Madonna ketika menghadiri Festival Filem Venice baru-baru ini.
Madonna ketika menghadiri Festival Filem Venice baru-baru ini.

SELEPAS mendapat kritikan hebat terhadap filem pertama arahannya, “W.E” di Festival Filem Venice baru-baru ini, Madonna akhirnya bakal kembali ke studio untuk merakamkan album terbaru.

Dalam satu temu bual di Sweden, penyanyi yang popular dengan lagu “Material Girl” itu memberitahu album terbarunya itu akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut Madonna, 53, dia telah melakukan beberapa proses pembikinan album tersebut dan akan memberikan tumpuan sepenuhnya selepas promosi filem “W.E” berakhir.

Katanya, dia teruja dengan pembikinan album tersebut selepas hampir empat tahun tidak muncul dengan album baru.

Madonna turut memberitahu “single” pertama album itu akan dilancarkan sekitar Februari atau Mac tahun hadapan.

“Hard Candy” adalah album terakhir Madonna yang dilancarkan pada tahun 2008 dan berjaya menduduki tempat pertama carta Billboard pada minggu pertama ia dilancarkan.

Ini juga adalah album pertamanya selepas meninggalkan syarikat rakaman Warner Bros.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan