Zul Huzaimy Sambut Raya Di Tempat Orang

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zul Huzaimy
Zul Huzaimy

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Huzaimy Marzuki, 33, (Zul) memilih untuk menyambut lebaran tahun ini dengan pendekatan berbeza iaitu mengembara ke tempat orang bagi menikmati kepelbagaian budaya dan cara sambutan perayaan itu di kalangan masyarakat luar Malaysia.

"Pada Hari Raya ini, saya pergi bercuti di sebuah negara dalam Asia untuk melihat tempat orang dan budaya umat Islam di negara jiran dalam meraikan hari kemenangan ini.

"Bagi saya, ia satu pengalaman yang sangat bernilai kerana dapat mempelajari banyak perkara baru di negeri orang.

"Peluang untuk melihat dan berkongsi cara orang luar meraikan Hari Raya adalah ilmu yang bernilai," katanya yang berangkat sehari sebelum Syawal lalu.

Tambah pelakon teater “Sri Mersing” ini, sejak bergelar duda secara rasmi pada Julai tahun lalu, dia kini lebih bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti atau perancangan.

Namun, tegasnya ia sama sekali tidak bermakna dia mengabaikan anak tunggalnya, Awal Haziq, yang berusia lima tahun..

"Kita beraya selama sebulan kan jadi tiada masalah untuk berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak selepas saya pulang daripada bercuti.

"Lagipun, saya dan bekas isteri memang sepakat dan tiada masalah tentang waktu penjagaan anak kerana kami masih baik seperti dulu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan