'Beraya Di Bandar Pun Seronok' - Tam Suhaimi

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tam Suhaimi
Tam Suhaimi

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penulis skrip Tam Suhaimi, 32, menganggap sambutan Hari Raya di bandar tetap menggembirakan dirinya yang tidak pernah meraikan perayaan itu dalam suasana kampung sejak kecil lagi.

Kata pelakon siri Gaia ini, kemeriahan Hari Raya tetap dirasai apabila mereka mula berkumpul seisi keluarga di rumah neneknya di Setiawangsa, di sini, saban tahun.

"Hakikatnya raya tetap raya dan tiada beza apa pun, tidak kiralah di mana juga kita meraikannya. Ia menjadi bermakna apabila perayaan itu dapat diraikan bersama ahli keluarga tersayang.

"Bagi kes saya, kami terdiri daripada keluarga kecil dan hanya ada tiga adik beradik saja tetapi setiap kali berkumpul di rumah nenek, kami tetap merasakan kemeriahannya," katanya.

Tambah Tam lagi, memandangkan dia sudah terbiasa dengan sambutan Aidilfitri di ibu kota sejak kecil, justeru dia tidak pernah berasa sebarang kekurangan atau bosan apabila kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Sebenarnya beraya di bandar juga ada banyak keseronokannya. Ia bergantung pada penilaian masing-masing. Saya yang sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tiada masalah apa pun.

'Selepas pagi 1 Syawal, saya akan menziarahi teman-teman dan rakan artis yang menyambut Hari Raya di sini. Tidak timbul isu sunyi atau bosan," katanya bakal bergandingan dengan syarikat produksi aktres Liyana Jasmay untuk sebuah projek telefilem selepas Hari Raya nanti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan