Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus. - Foto oleh FAIHAN GHANI
Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus. - Foto oleh FAIHAN GHANI

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata kembar mereka, Iman Lilly dan Tiara Rose yang berusia empat bulan.

Akui Sazzy, kedatangan lebaran ini dirasakan berbeza dan istimewa kerana buat julung kalinya mereka membuat persiapan untuk dua puteri kembar itu selepas hampir lima tahun berkahwin.

"Sambutan Hari Raya kali ini memang berbeza. Kehadiran Iman Lilly dan Tiara Rose membuatkan saya dan Nazril seronok hendak beraya. Kalau dulu buat persiapan raya untuk kami berdua sahaja tapi kali ini untuk si kembar juga.

"Saya sediakan dua pasang baju sahaja untuk mereka. Selain seronok buat persiapan raya, saya juga seronok apabila memikirkan saya akan tolong anak-anak untuk kutip duit raya mereka juga," katanya secara berseloroh.

Menyelak ringkas perkembangan kerjayanya, pelakon Tolong! Awek Aku Pontianak ini berkata, dia lebih selesa untuk berehat pada waktu ini memandangkan dia sedang menyusukan kedua puterinya itu.

"Buat masa ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Begitu juga dengan tawaran mengacara. Anak-anak saya masih kecil dan rasa kasihan pula kalau ditinggalkan lama-lama.

"Lagipun, saya sedang menyusu badan, jadi leceh sikit kalau hendak bekerja. Kalau saya mula bekerja pun, mungkin saya akan terima tawaran mengacara dulu selepas Hari Raya ini," katanya yang beraya di rumah keluarganya di Ampang dan keluarga Nazril di Negeri Sembilan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan