Rusdi Ramli Teringin Beraya Suasana Kampung

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rusdi Ramli
Rusdi Ramli

PETALING JAYA: Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelakon Rusdi Ramli mengakui sudah biasa menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur.

Katanya, ketika remaja dia pernah teringin untuk menyambut hari kebesaran tersebut dalam suasana kampung seperti kebanyakan orang lain, namun tidak berpeluang.

"Dulu memang saya ada perasaan teringin untuk pulang beraya di kampung halaman seperti kawan-kawan yang lain tetapi malangnya keluarga saya kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur.

"Tapi sekarang bila dah dewasa ini dah tiada lagi perasaan nak balik kampung, beraya di sini (Kuala Lumpur) pun meriah juga," katanya.

Tambah Rusdi, biarpun haya beraya di ibu kota namun dia masih dapat merasakan suasana raya yang berbeza berbanding Hari Raya sebelum ini.

"Kalau dulu Kuala Lumpur akan sunyi sepi selama seminggu kerana ramai yang pulang beraya namun perbezaannya sekarang tiga hari raya sahaja sudah kembali sibuk," katanya.

Bercerita tentang raya, Rusdi berkata dia dan keluarga menyambutnya dengan sederhana.

"Seperti orang lain juga persiapan kami biasa-biasa saja, baju raya Alhamdulillah ada sepasang dan kami tidak ada apa-apa tema sebab raya perlu berwarna-warni," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan