‘Sedetik Muzik’ Gabungan Artis Baharu, Lama

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khas buat peminat muzik ‘evergreen’ tanah air, TV3 membawakan gandingan lima orang artis daripada dua generasi dalam konsert mini Sedetik Muzik yang bersiaran pada 3 September, pukul 5 petang.

Konsert yang dihoskan oleh pengacara popular Fara Fauzana itu melibatkan penyanyi Shila Amzah, Azlan The Typewriter, Datuk M Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black.

“Konsert “Sedetik Muzik” merupakan program muzikal menggabungkan para penghibur dari dua generasi berbeza sama-sama berkongsi pentas mendendangkan lagu “evergreen” dengan penuh mesra dan ceria.

“Pastinya gandingan artis muda dan senior ini sedikit sebanyak mengubat kerinduan para peminat muzik tanah air yang sememangnya sudah lama menantikan kemunculan mereka di televisyen,” kata penerbit program ini, Hamsiah Biri.

“Sedetik Muzik” bakal mengembalikan nostalgia dan mengimbau kembali kenangan penonton di kala 80-an dan 90-an tatkala lagu-lagu tempatan menjadi siulan di kalangan penggemarnya di serata Nusantara.

Selari dengan tema “evergreen” yang menampilkan alunan irama yang tidak malap dan sentiasa segar sepanjang zaman, tirai konsert dibuka dengan persembahan duet bertenaga dari Shila Amzah dan Azlan dengan dendangan lagu Halaman Asmara (Awie dan Ziana Zain).

Seterusnya, giliran M. Nasir pula menakluki pentas secara solo dengan lagu popular yang menjadi siulan ramai, “Raikan Cinta”.

Nantikan gandingan Khadijah Ibrahim dan Azlan yang bakal memukau dengan membawakan lagu kegemaran pasangan yang bercinta, Doa Buat Kekasih yang pernah dipopularkan oleh Ramli Sarip dan Khadijah sendiri.

Sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa hidangan lagu Hari Raya. Tanpa menghampakan penonton, Shila Amzah menyanyikan lagu rantaian iaitu “Indah Di Hari Raya” (Ziana Zain) dan “Hari Mulia” (Datuk Sheila Majid).

Kemeriahan alunan lagu-lagu “evergreen” diteruskan lagi dengan gandingan mantap M. Nasir dan Black yang berkongsi pentas menyanyikan lagu medley Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan Mentera Semerah Padi (M. Nasir) dan Lagu Jiwa Lagu Cinta (M. Nasir dan Mawi).

Persembahan seterusnya dihangatkan dengan nyanyian Azlan membawakan “medley” lagu popularnya, Ada Jiwa dan Kelibat Si Penyair.

Khadijah juga mendendangkan lagu popularnya, “Ku Gembira Di Samping Mu”. Kemeriahan Sedetik Muzik diteruskan dengan persembahan solo dari Black yang membawakan lagunya berjudul Leia.

Konsert mini yang dijayakan dengan iringan muzik Faizal Uzir (Loq-U) ini diakhiri dengan nyanyian harmoni menampilkan kesemua artis sebagai penutup tirai dengan “medley” lagu klasik yang sememangnya sering diputarkan menjelang Aidilfitri seperti Lebaran (Effa Rizan) dan Aidilfitri (Fazidah Joned).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan