Razif & Alia Juara 'Mari Berdansa Aidilfitri'

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan Razif dan Alia (gambar) dinobatkan sebagai juara program Mari Berdansa Aidilfitri yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Rabu.

Razif dan Alia telah mengalahkan pasangan lain iaitu Amyza Adnan dan Khairil, Khai dan Rosma, Sasha dan Salyo, Ariz dan Syikah serta Fahmi dan Azlin di mana mereka merupakan bekas peserta Sehati Berdansa dan Mari Menari yang bersaing gerak tari dengan alunan lagu Hari Raya.

Pasangan ini memenangi hadiah RM5,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili masing-masing dan hadiah percutian tiga hari dua malam ke Tanjung Rhu Resort, Langkawi.

“Kami tidak menjangkakan kemenangan ini, namun kami bersyukur kerana rezeki berpihak kepada kami.

“Idea tarian yang dipersembahkan adalah hasil ciptaan koreografer Belalang,” kata Razif sejurus selepas memenangi program tersebut.

Sementara itu, pasangan paling ‘sporting’ dimenangi oleh pasangan Fahmi dan Azlin dan berjaya membawa pulang hadiah percutian selama tiga hari dua malam di Sibu Island Resort, Mersing, Johor.

Setiap pasangan dalam kumpulan Sehati Berdansa dan Mari Menari bersaing sesama mereka dalam pusingan pertama bagi melayakkan diri untuk merebut tempat di pusingan kedua sebelum dinobatkan sebagai juara.

Peserta program yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani itu diadili oleh pelakon Erra Fazira, koreografer Linda Jasmine dan Joseph Gonzales.

Sementara itu, penerbit eksekutif Norazian Mohd Zahir menganggap program itu mampu mengubat kerinduan kepada peminat program “Sehati Berdansa” dan “Mari Menari”.

“Sebagai tarikan, kami memikirkan idea ini lebih menarik untuk dijadikan sebagai slaah satu program Hari Raya Aidilfitri ini dan mungkin tahun depan kita akan menganjurkan program ini lagi,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan