Mila Jirin Hanya Sempat Beraya Sehari Di Kampung

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mila Jirin
Mila Jirin

PETALING JAYA: Penyanyi Mila Jirin mengakui kurang teruja menyambut Hari Raya kerana sibuk mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan nyanyian International POP TV Performer Georgia pada 7 September depan.

Kata Mila, dia hanya dapat beraya sehari bersama keluarga di Pulau Pinang sebelum berangkat ke Giorgia, Rusia pada Hari Raya kedua.

"Saya akan menyambut Hari Raya pertama bersama keluarga sebelum bertolak pada Hari Raya kedua iaitu 1 hingga 12 September di sana. Alhamdulillahlah keluarga saya memahami dan memberi sokongan kepada saya.

"Tiada perasaan sedih sebab kami tetap berkumpul dan beraya cuma saya tidak dapat bercuti lama seperti sebelum ini," katanya.

Tambah Mila, biarpun tidak dapat beraya di Malaysia, namun dia teruja untuk melihat sambutan Hari Raya di negara luar terutamanya di Turki.

"Saya harap dapat melihat suasana Aidilfitri di negara luar, lagi pula Georgia bersebelahan dengan negara Islam Turki," katanya.

Dalam pada itu, Mila berkata dia tetap menyiapkan beberapa helai baju raya untuk tahun ini.

"Saya sudah siapkan baju raya awal-awal lagi, maklumlah saiz saya tiada jual di kedai-kedai. Selepas pulang dari Georgia masih lagi dalam bulan Syawal dan sudah tentu akan menghadiri majlis-majlis rumah terbuka," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan