Oren, Hijau Tema Pakaian Hari Raya Erra Fazira

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra menyediakan baju kebaya dan baju kurung untuk anaknya, Aleesya.
Erra menyediakan baju kebaya dan baju kurung untuk anaknya, Aleesya.

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira menetapkan warna hijau dan oren sebagai warna tema untuk baju rayanya, anak dan suami pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Selain itu kata Erra, paling teruja apabila pakaian Hari Raya untuk anaknya, Engku Aleesya yang kini bersusia tiga tahun ialah baju kebaya.

“Saya membeli baju kebaya dan baju kurung yang comel untuk Aleesya. Kami sekeluarga memilih tema warna hijau dan oren untuk baju raya tahun ini,” kata Erra kepada mStar Online.

Tahun ini merupakan tahun ketiga bagi Erra dan Emran menyambut Syawal selepas tiga tahun bergelar suami isteri.

Kata Erra, pada tahun ini mereka beraya di rumah keluarga Emran di Kuala Terengganu dan selepas itu mereka akan ke Pulau Pinang.

“Pada tahun lalu kami beraya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini giliran kami pulang ke Kuala Terengganu. Apabila menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga sendiri, kenangan itu berbeza berbanding menyambutnya dengan ibu bapa dan adik-beradik lain,” kata Erra.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan