Black Pertama Kali Pulang Ke Kuala Kangsar

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Black
Black

PETALING JAYA: Buat pertama kali, penyanyi, Black bersama dengan keluarganya yang lain dapat beraya di kampung ibunya di Kuala Kangsar, Perak.

Kata Black, sebelum ini, dia sering menyambut hari lebaran bersama datuk kesayangan di Baling, Kedah, tetapi tidak lagi kali ini kerana datuknya itu baru meninggal dunia pada tahun ini.

"Menyambut Aidilfitri pada tahun ini ternyata memberi satu kelainan kerana sebelum ini saya tidak pernah beraya di kampung ibu saya.

"Malah saya juga tidak mengenali saudara mara di sana. Rasanya, inilah peluang yang baik untuk kami saling mengenali antara satu sama lain," katanya.

Selain itu, tambah Black lagi, setiap tahun, keluarganya mempunyai pakaian mengikut tema dan mereka mengenakan baju Hari Raya berwarna perak untuk sambutan Aidilfitri kali ini.

"Memang menjadi amalan kami beraya dengan memakai baju warna sedondon. Pada pendapat saya, keluarga yang suka bersepakat dalam melakukan sesuatu termasuklah mahu berpakaian serupa adalah keluarga yang kuat hubungan silaturahim dan sentiasa bersatu padu.

"Bagaimanapun, Hari Raya saya juga tidak sah jika juadah tidak ada di depan mata. Antara makanan kegemaran saya ialah rendang ayam kampung," selorohnya.

Diusik adakah dia akan beraya di rumah kekasihnya, kata Black, dia tidak berkesempatan berbuat demikian kerana hanya bercuti selama seminggu sahaja.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan