Penyanyi Dior Reka Sendiri Baju Songket, Batik

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dior merekabentuk baju songket dan batik untuk dipakai semasa membuat persembahan. - Foto SHAARI CHE MAT
Dior merekabentuk baju songket dan batik untuk dipakai semasa membuat persembahan. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Demi memartabatkan pakaian tradisional masyarakat negara ini, penyanyi Dior, 28, sanggup mereka cipta pakaian sendiri menggunakan kain songket dan batik.

Dia merasakan rekaan sendiri lebih komersial berbanding membeli pakaian yang telah siap dijual selain ia lebih selesa untuk dipakai ke mana-mana sahaja.

“Saya mula mereka baju songket dan batik bermula tahun 2005 untuk dipakai semasa membuat persembahan di pentas.

"Saya memilih batik dan songket kerana pakaian itu menunjukkan nilai-nilai khazanah Malaysia lebih-lebih lagi saya selalu membuat persembahan di luar negara seperti Korea, China dan Taiwan.

“Melalui cara ini, saya mampu mempersembahkan budaya Malaysia kepada orang luar,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Saya menyukai fesyen dan sentiasa memikirkan rekaan yang lain dari lain.”

Buat masa ini, Dior belum memikirkan untuk membuka tempahan kepada orang lain sebaliknya hanya mereka untuk diri-sendiri.

Dalam perkembangan lain, dia juga telah melahirkan album mini berjudul Baby, I Need You yang memuatkan empat buah lagu termasuk Pergi, Mengharap Sinar dan Hari Demi Hari.

“Saya menghasilkan lagu Pergi dalam bahasa Korea dan Malaysia. Saya menghasilkan album ini untuk kepuasan sendiri selain berkongsi karya dengan semua peminat muzik tempatan dan luar negara,” ujarnya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan