Adrian Jalaludin Terkenang Pulut Kuning Arwah Nenek

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adrian Jalaludin
Adrian Jalaludin

PETALING JAYA: Pengacara program sukan Astro SuperSport, Muhammad Adrian Jalaludin, 26, (Adrian) mengakui suasana dan kemeriahan sambutan Hari Raya tidak lagi sama selepas kematian neneknya pada empat tahun lalu.

Kata pengacara program Bola @ Mamak dan 4-4-2 BPL ini, ketika neneknya masih hidup, seluruh ahli keluarga pasti berkumpul di rumah nenek pada setiap kali Hari Raya.

"Saya masih ingat lagi, setiap kali Hari Raya arwah nenek adalah orang yang paling sibuk. Dia pasti membuat pelbagai jenis makanan terutamanya pulut kuning kerana dia tahu saya sangat suka makan pulut kuning.

"Yang lucunya, walaupun saya suka pulut tetapi ia tidak boleh dimakan dengan kadar yang banyak kerana akan mengantuk. Namun, demi menjaga hati nenek saya akan makan juga dengan banyak. Selepas itu, mulalah saya mengantuk sepanjang hari," imbasnya.

Tambah Adrian, keadaan dan kemeriahan itu bagaimanapun sudah berubah selepas kematian neneknya. Walaupun mereka masih lagi berkumpul di rumah pakciknya pada pagi 1 Syawal, suasana itu sudah berbeza kini.

"Saya sangat rindukan kenangan Hari Raya ketika nenek masih ada. Kemeriahan dan makanan-makanan yang dihidangkan oleh nenek tetap segar dalam ingatan.

"Kini segalanya telah berubah. Walaupun kami masih lagi berkumpul di rumah pakcik, suasananya adalah berbeza," kongsi jejaka yang turut menggemari tart nanas, rendang, lemang dan kari ayam.

Bersempena cuti perayaan pada tahun ini, Adrian berkata, dia turut merancang untuk bercuti bersama kedua orang tua dan kakaknya dalam negara.

"Selain beraya bersama sanak-saudara, cuti perayaan pada tahun ini adalah lebih istimewa kerana saya merancang untuk membawa ayah, ibu dan kakak pergi bercuti di dalam negara.

"Ayah saya sudah berusia 67 tahun manakala ibu pula 61 tahun dan mereka semakin berusia. Sebagai anak, saya wajar untuk menghabiskan lebih banyak waktu berkualiti bersama-sama selagi mereka masih ada," kata anak bongsu dalam keluarga ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan