Muka Baru Bintangi Filem 'Scandal'

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Syarikat produksi Manja Citra Sdn Bhd memperkenalkan sembilan pelakon yang bakal membintangi filem berjudul Scandal di bawah arahan pengarah Nordin Wahab atau lebih dikenali sebagai Din CJ.

Filem pertama syarikat produksi tersebut mengetengahkan muka-muka melalui satu uji bakat yang dilakukan sekitar lembah Klang pada Mei lalu.

Menurut Din CJ, tiga orang daripada kesembilan calon tersebut akan dipilih untuk memegang watak utama dalam filem berkenaan.

"Daripada sembilan pelakon yang dipilih, tiga orang akan memainkan watak utama. Mereka akan dinilai melalui bakat, disiplin dan aura yang ada berdasarkan kepada penilaian beberapa guru dan pelakon senior seperti Fauziah Nawi, Ainina Ahmad B dan Datuk Ramli MS," katanya pada majlis berbuka puasa memperkenalkan sembilan pelakon filem Scandal, di sini, Rabu.

Tambahnya, filem yang pada asalnya diadaptasi daripada sebuah novel berjudul “Skandal” karya Richie Rachman itu telah diubahsuai serta menukar kesemua watak-wataknya. Malah, nama Skandal juga turut ditukar kepada Scandal atas sebab-sebab tertentu.

"Pada awalnya kami memilih untuk mengadaptasi novel popular Skandal terbitan Alaf 21 yang ditulis oleh Richie Rachman, namun ada beberapa masalah dengan syarikat percetakan tersebut.

"Disebabkan itu kami menukar jalan cerita dan tajuk filem ini kepada Scandal, namun masih menggunakan khidmat Richie Rachman yang menghasilkan sebagai idea asal," katanya.

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang gadis yang bekerja sebagai pramugari. Mereka hidup dalam dunia yang penuh keseronokan, kemewahan sehingga menjadikan mereka lupa daratan.

"Kami ingin mengetengahkan nilai moral yang baik di sebalik kelakuan-kelakuan buruk mereka, namun kami tidak berniat untuk menyindir tugas sebagai pramugari.

"Kami akan ke beberapa buah negara seperti Paris, Dubai dan Korea untuk penggambaran yang akan bermula bulan September depan," tuturnya.

Selain itu, beberapa nama besar seperti Erra Fazira, Nasha Aziz dan Usop Wilcha turut membintangi filem yang dijangka akan ditayangkan tahun depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan