Hati Adibah Nor Tersentuh Lihat Kegigihan Kak Pah

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adibah Nor mengakui kagum dengan kegigihan pengasas rumah kebajikan Titian Kasih, Sharifah Adlan atau lebih dikenali sebagai Kak Pah.

Katanya, sejak mengenali Kak Pah dan seluruh penghuni Rumah Kebajikan Titian Kasih sejak empat tahun lalu, hatinya tersentuh ingin memberi bantuan sedaya yang termampu.

"Dalam banyak-banyak rumah kebajikan, Titian Kasih merupakan rumah kebajikan yang telah membuatkan hati saya tersentuh. Saya juga amat kagum dengan ketabahan Kak Pah untuk menjaga anak-anak yang kurang bernasib baik.

"Dia seorang wanita yang gigih memelihara anak-anak istimewa yang bukan sahaja anak yatim tetapi kebanyakannya tiada tempat berlindung dan kurang upaya," katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak Titian Kasih, Titiwangsa, di Berjaya Times Square, di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Shila Amzah dan keluarga, Atilia, Fazli Zainal dan Bob.

Tambahnya, sebagai persiapan lebaran ini, dia telah mengumpul derma kutipan kilat melalui majlis tersebut untuk disumbangkan kepada rumah tersebut.

"Majlis berbuka puasa dengan rumah Titian Kasih ini merupakan kali keempat yang dianjurkan anjurkan setiap tahun.

"Ia bukan sahaja majlis berbuka puasa tetapi juga kita adakan kutipan kilat untuk didermakan kepada rumah kebajikan ini. Saya harap dengan sedikit sumbangan itu mampu menceriakan sambutan Hari Raya nanti," katanya.

Kata Adibah juga, dia sering berkunjung dan menziarahi rumah kebajikan tersebut jika ada kelapangan.

"Saya anggap mereka seperti saudara mara sendiri, jika ada kelapangan saya akan melawat ke sana terutamanya waktu-waktu perayaan," katanya. Majlis pada malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis yang di undang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan