Tak Cukup Matang Punca Salena Gomez Tinggalkan Justin Bieber

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Bieber dan Selena Gomez
Justin Bieber dan Selena Gomez

WASHINGTON: Penyanyi Selena Gomez, 19, dilaporkan telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Justin Bieber, 17, selepas merasakan jejaka itu tidak cukup matang dan bersikap keanak-anakan untuk menjalani hubungan yang lebih serius.

Menurut laporan portal contactmusic.com, teman Bieber mengesahkan kepada akhbar Daily Star hubungan cinta dua bintang itu sudah berakhir.

"Hubungan cinta mereka (Gomez dan Bieber) yang sensasi itu sudah berakhir. Apa yang Selena mahukan hanya berkawan.

"Dia merasakan Justin tidak cukup matang untuk melayari hubungan yang lebih serius dan stabil untuk tempoh jangka panjang.

"Dia kini mencari lelaki yang lebih berusia, berpengetahuan dan berpengalaman," kata Metro seperti dipetik portal tersebut.

Menurut beberapa spekulasi, perpisahan mereka itu didorong oleh keputusan Gomez yang melihat aktor Shia LaBeouf, 25, sebagai calon yang lebih sesuai untuknya.

Desas-desus juga mendedahkan perpisahan itu juga berlaku selepas Gomez mengesan Bieber ada menghantar pesanan mesej kepada bekas kekasihnya, Jasmine Villegas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan