Tonton Tawar Program Menarik Sempena Musim Perayaan

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara pakej menarik yang ditawarkan di Tonton.
Antara pakej menarik yang ditawarkan di Tonton.

PETALING JAYA: Sempena musim perayaan kemerdekaan dan Aidilftiri yang bakal menjelang tiba, portal video Tonton kini menawarkan koleksi filem dan rancangan menarik.

Sebanyak tiga pakej baru diperkenalkan pada bulan ini iaitu ‘Retro Movies’, ‘Syoknya Raya’ dan ‘Istimewa Merdeka’.

Dengan harga serendah RM8 untuk empat tayangan retro terbaik, Tonton menawarkan pilihan filem seperti Jutawan Segera, Cik Mala Janda Berhias dan Pengantin Popular.

Malah, penonton juga ditawarkan pembelian serendah RM4 untuk setiap buah filem bagi langganan selama sebulan.

Sementara pakej ‘Syoknya Raya’ menampilkan koleksi telefilem terbaik seperti Bagaikan Sumayyah (2010), Selangkah ke Syurga (2008), Malam 7 Likur (2007), Airmata Syawal (2004) dan Berakhirnya Sebuah Ramadan (2001).

Penonton boleh menonton kesemua drama terbaik ini dengan pakej langganan serendah RM10 sahaja atau dengan bayaran RM4 untuk setiap telefilem.

“Istimewa Merdeka” menawarkan pilihan konsert patriotik terhebat. Dengan hanya RM4, penonton berpeluang merasai kemeriahan sambutan sekitar Konsert Sudirman (1986) dan Konsert Merdeka KLCC (2003).

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan