Justin Bieber Dijadikan Nama Jalan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH bandar di Forney, Texas telah dinamakan Justin Bieber Way oleh seorang kanak-kanak bernama Caroline Gonzalez.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu telah diberi peluang untuk memerintah bandar tersebut selepas terpilih dalam satu acara menjadi Datuk Bandar sehari kepada seluruh penduduknya.

Kerana pemilihan tersebut, Gonzalez telah menukar sebuah nama jalan di bandar tersebut kepada penyanyi kegemarannya, Justin Bieber.

Ketika ditanya alasan berbuat demikian, dia menjawab: "Saya suka muziknya, saya juga suka dia. Jadi saya menamakan sebuah jalan dengan namanya sebagai penghormatan," tuturnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan