Saluran HD Komitmen Astro Untuk Penonton

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis tanah air yang memeriahkan pelancaran tiga saluran HD terbaru dan dua saluran khas Raya dan merdeka. - Foto oleh MUHAMMAD ZULFADHLI.
Barisan artis tanah air yang memeriahkan pelancaran tiga saluran HD terbaru dan dua saluran khas Raya dan merdeka. - Foto oleh MUHAMMAD ZULFADHLI.

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, menyifatkan pelancaran tiga lagi saluran baru berdefinisi tinggi (HD) yang diperkenalkan stesen televisyen itu sebagai bukti komitmen mereka untuk mentransformasikan semua saluran dalam format berkenaan sepenuhnya pada masa depan.

Saluran-saluran itu ialah B.yond iaitu Sundance HD (saluran 438), Discovery HD World (saluran 571) dan Astro SuperSport HD2 (saluran 833)

Henry berkata, sebagai pemangkin format itu dalam dunia penyiaran televisyen di Malaysia, mereka sentiasa peka dan komited untuk menawarkan lebih banyak saluran HD tetapi ia perlu dilakukan secara berperingkat buat masa ini.

"Saluran HD adalah standard terbaru dunia penyiaran dan jawapan kepada masa depan. Sebagai pemangkin saluran HD, kami komited untuk mentransformasikan semua saluran kami kepada format ini.

"Pengenalan tiga lagi saluran iaitu Sundance HD, Discovery HD World dan Astro Supersport HD2 menjadikan jumlah saluran HD Astro meningkat kepada 15 saluran kini," katanya yang ditemui selepas sidang media majlis pelancaran itu di Saloma Bistro, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Henry menambah, proses transformasi saluran-saluran sedia ada kepada format baru itu tidak semudah yang disangka. Ia melibatkan masa, kos yang tinggi, aplikasi teknologi dan paling penting penerbitan sesebuah program harus dilakukan dalam format HD di peringkat produksi lagi.

"Memang menjadi sasaran kami untuk menyeragamkan semua saluran Astro dalam format HD tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan.

"Sebagai contoh, pada masa ini masih ramai rakyat kita yang menggunakan set televisyen definisi biasa di rumah. Selain itu, penerbitan program, filem atau drama juga perlu dirakam dengan peralatan dan format HD bagi membolehkan ia menjadi definisi tinggi.

"Sebab itu, kami terpaksa melakukan transformasi ini secara berperingkat memandangkan ia bukan saja melibatkan Astro tetapi teknologi, pengguna, produksi, penerbitan dan pihak lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Astro turut menawarkan dua saluran khas iaitu Raya HD (saluran 188) dan Astro Fiesta (saluran 100) bersempena sambutan Hari Raya dan ulangtahun kemerdekaan negara pada 30 dan 31 Ogos ini.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pelbagai kandungan yang bertemakan Hari Raya dan kemerdekaan akan disiarkan di kedua-dua saluran berkenaan selama sepuluh hari bagi menyemarakkan perayaan berkembar itu pada tahun ini.

"Untuk saluran Raya HD, kita bakal siarkan pelbagai program seperti filem, drama dan konsert terpilih dalam format HD bermula Raya pertama sehingga 9 September.

"Menariknya, semua filem dan telefilem terpilih yang pernah disiarkan di saluran-saluran Melayu lain sebelum ini bakal ditayangkan dalam format HD menerusi saluran ini.

"Sementara untuk saluran Astro Fiesta pula, kami akan siarkan kandungan program seperti filem, drama, dokumentari dan konsert bertemakan kenegaraan dan patriotisme bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan negara," katanya.

Selain dua saluran khas HD itu, saluran-saluran Melayu berdefinisi biasa yang lain termasuk Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Ceria (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), pakej Indo Pek Astro Bintang (141) dan Pelangi (142) turut menghidangkan pelbagai program menarik bersempena musim perayaan ini.

Untuk maklumat lanjut dan panduan siaran, layari www.astro.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan