Rabbani Junior Teruskan Legasi Rabbani

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Rabbani kini terdiri daripada lapan orang ahli sahaja. Foto ROHAIZAT MD DARUS
Kumpulan Rabbani kini terdiri daripada lapan orang ahli sahaja. Foto ROHAIZAT MD DARUS

PETALING JAYA: Selepas 20 tahun perjuangan karier kumpulan nasyid popular, Rabbani, kini Rabbani Junior bakal menyusul mengikut jejak langkah 'senior' mereka.

Menurut wakil daripada kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, Rabbani Junior dianggotai seramai sembilan orang yang terdiri daripada anak-anak anggota kumpulan itu.

"Sebenarnya, sudah lama bekas ketua kumpulan kami, Allahyarham Ustaz Asri berhasrat menubuhkan Rabbani Junior. Memandangkan sebelum ini Asri menjadi ketua kami, maka anak keempatnya, Mohd Ilham Fikri yang menjadi ketua kumpulan tersebut.

"Ketika Asri masih lagi hidup, dia tidak sedar mengenai bakat terpendam anaknya itu, tetapi selepas pemergiannya, barulah kami sedar, Fikri mewarisi bakat ayahnya," katanya.

Tambah Azadan, Rabbani Junior pernah mengadakan persembahan pada konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati, Shah Alam pada Julai tahun lalu dan bakal muncul dengan “single” terbaru mereka pada tahun hadapan.

Walaupun masih baru penubuhannya, Rabbani Junior sudah mula memenuhi jemputan undangan persembahan dan buat masa ini, mereka membawakan lagu-lagu Rabbani yang pernah popular dahulu.

Bagaimanapun, kata Azadan, kehadiran Rabbani Junior tidak bermakna Rabbani akan berhenti terus daripada bidang nyanyian nasyid, tetapi mengakui, ingin memperlahankan sedikit karier kumpulan itu.

"Kemunculan Rabbani Junior adalah untuk meneruskan perjuangan Rabbani kerana saya percaya, satu hari nanti, Rabbani tidak boleh aktif lagi seperti biasa.

"Selain itu, kami juga ingin mencari bakat baru kumpulan nasyid lain sebagai 'produk' baru kepada syarikat baru yang akan ditubuhkan nanti iaitu Rabbani Studio," ujarnya.

Kata Azadan, studio tersebut akan dibuka di Bandar Manjalara, Kepong dalam masa terdekat ini dan selepas itu ia akan memudahkan lagi kerja-kerja belakang tabir kumpulan itu.

"Studio kami sudah pun siap sepenuhnya dan segala proses rakaman akan dilakukan di situ.

"Malah, jika sebelum ini kami banyak mengambil komposer luar, kini dengan penubuhan studio baru kami, Rabbani akan menghasilkan lagu-lagu sendiri," tuturnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan