Putus Cinta Tak Halang Mimi & Jojoe Jadi Sahabat

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mimi (dua dari kanan) dan Jojoe (kanan) bersama-sama ahli dan bekas ahli One Nation Emcees di rakaman Melodi Raya 2011. - Foto SHAARI CHE MAT
Mimi (dua dari kanan) dan Jojoe (kanan) bersama-sama ahli dan bekas ahli One Nation Emcees di rakaman Melodi Raya 2011. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Awal bulan Ramadan lalu membuka lembaran sedih buat pasangan Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) dari kumpulan One Nation Emcees yang baru putus cinta selepas beberapa tahun bersama.

Bagaimanapun, hubungan mereka masih rapat dan mesra seperti dulu memandangkan mereka masing-masing bergerak dalam satu kumpulan.

“Kami mengambil keputusan untuk berkawan sahaja dan memikirkan tentang diri masing-masing. Kami membuat keputusan ini setelah sama-sama berbincang dan merasakan ia suatu yang terbaik setakat ini.

“Namun kami tidak menolak andainya kami ada jodoh dan bercinta semula,” kata Mimi.

Sementara Jojoe yang turut mengakui perihal tersebut tidak banyak menceritakan tentang hubungan yang telah berkubur itu sebaliknya gemar berbual tentang lagu terbaru mereka.

“Kami tiada masalah antara satu sama lain dan masih boleh bekerjasama untuk membuat persembahan.

“Terbaru, kami baru sahaja muncul dengan lagu baru berjudul Psiko,” kata Jojoe.

Pasangan itu ditemui sewaktu rakaman Melodi Raya 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan