Anita Baharom Jual Popia Dalam Pantang

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anita bersama-sama anak dan suaminya sewaktu menyambut majlis berbuka puasa anjuran Astro tahun lalu.
Anita bersama-sama anak dan suaminya sewaktu menyambut majlis berbuka puasa anjuran Astro tahun lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Anita Baharom yang sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya, Mohamad Dhia Iskandar pada 12 Julai lalu mengakui amat seronok menjual popia mini ‘crispy’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Walaupun sedang berpantang, ia tidak menghalang Anita untuk mengisi masa lapangnya dengan berniaga secara kecil-kecilan ketika berada di rumah.

“Sekarang ini saya sedang bercuti panjang daripada karier seni selepas melahrikan Iskandar.

“Saya hanya membuat perniagaan ini sekadar suka-suka disebabkan tiada aktiviti apabila anak saya tidur. Lagipun saya membuat perniagaan ini sendirian dan perlu bijak bahagikan masa dengan anak-anak,” ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, setakat ini banyak tempahan yang diterima daripada rakan-rakan artis dan teman rapat.

Biarpun tidak menang tangan, dia masih menerima tempahan popia yang dijual dalam dua perisa iaitu Horlicks dan Milo.

“Saya masih mengambil tempahan dan setiap balang dijual pada harga RM7 (kecil) dan RM18 (besar),” katanya lagi yang akan pulang beraya di kampungnya di Sungai Petani, Kedah dan Johor Bahru (sebelah suami) pada tahun ini.

Menyentuh tentang karier seni, Anita yang mesra dengan panggilan Ita ini terpaksa memilih kerja yang memudahkannya membawa anaknya bersama kerana dia tidak mempunyai pembantu rumah.

“Selepas empat orang pembantu rumah berhenti kerja, saya sudah serik untuk mengambil pembantu rumah lagi sebaliknya menguruskan rumah dan anak sendiri dengan bantuan suami.

“Buat masa ini saya belum menerima apa-apa tawaran berlakon kerana sibuk menjaga anak yang sedang menyusu badan.

“Mungkin jika ada tawaran nanti, saya akan mencari pembantu peribadi untuk menjaga anak kerana saya akan membawa anak bersama-sama di lokasi penggambaran,” ujarnya yang gembira dengan kelahiran Iskandar yang melengkapkan sepasang anak perempuan dan lelaki.

Hasil perkahwinan selama enam tahun dengan Mohd Ismadi Ismail, pasangan ini turut dikurniakan anak perempuan bernama Syifa Dhia Nurina, 4.

Sementara itu bagi mereka yang ingin membuat tempahan popia bolehlah menghubungi 012-2485811.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan