Musim Kedua 'Lie To Me' Malam Ini Di ntv7

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pakar tipu daya Dr. Cal Lightman lakonan Tim Roth kembali untuk musim kedua siri Lie To Me.
Pakar tipu daya Dr. Cal Lightman lakonan Tim Roth kembali untuk musim kedua siri Lie To Me.

PETALING JAYA: Musim kedua drama bersiri tentang kehidupan seorang pakar tipu daya iaitu Lie To Me akan bersiaran bermula hari ini pada pukul 8.30 malam di stesen televisyen ntv7.

Drama ini memaparkan seorang pakar tipu daya bernama Dr. Cal Lightman (lakonan Tim Roth) ini dalam membantu mendedahkan kebenaran untuk pihak FBI, polis tempatan, firma undang-undang, korporasi dan kes-kes individu.

Dalam musim ini, antara episod yang menarik termasuklah kisah Lightman dan bekas isterinya, Zoe (Jennifer Beals) yang menyebabkan orang tidak bersalah menjalani hukuman mati, Lightman dipanggil untuk membuat ujian dalam sebuah perbicaraan tentang seorang janda yang membunuh suaminya dan kesukarannya untuk menerima kenyataan apabila anak gadisnya, Emily Lightman (Hayley McFarland) mula bercinta.

Dihasilkan oleh Samuel Baum, drama bersiri ini diterbitkan penerbit eksekutif Alexander Cary, David Graziano dan Sackheim, Vahan Moosekian dan Brian Gazer.

Siri ini diilhamkan oleh penemuan saintifik oleh ahli psikologi sebenar yang mampu membaca petanda daripada raut wajah manusia, gerak badan dan alunan suara untuk mendedahkan kebenaran dan kes penipuan dalam penyiasatan jenayah.

Lie To Me disiarkan bermula malam ini pada setiap Isnin pukul 8.30 malam sebanyak 22 episod di ntv7.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan