Siti Rohani Tunggu Empat Tahun Jadi Pengacara

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara program Ustazah Pilihan, Siti Rohani Surani. - Foto ihsan Astro
Pengacara program Ustazah Pilihan, Siti Rohani Surani. - Foto ihsan Astro

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani, 27, (Siti) berkata penantiannya selama empat tahun untuk menjadi pengacara terbayar selepas ditawarkan sebagai hos program Ustazah Pilihan di saluran Astro Oasis bermula Oktober depan.

Akui wanita dari Temerloh, Pahang ini, sudah empat tahun dia mengintai peluang untuk bergelar pengacara program-program di saluran itu sejak ia dilancarkan pada Oktober 2007.

"Tawaran sebagai pengacara program UP ini satu peluang yang amat saya hargai selepas empat tahun menunggu. Perasaannya tidak terungkap dengan kata-kata dan hanya Allah saja yang tahu.

"Ketika saluran ini dilancarkan ada juga saya berangan-angan untuk mengintai peluang tetapi tidak sangka pula impian itu menjadi kenyataan akhirnya," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Tambah Siti, keterujaan terhadap bidang pengacaraan televisyen tidak pernah pudar sekalipun beberapa kali ditolak oleh pelbagai stesen televisyen hanya kerana penampilannya yang bertudung.

"Sebelum ini saya sering ditolak oleh stesen televisyen apabila menghadiri uji bakat hanya kerana saya bertudung. Namun, impian untuk menjadi pengacara tidak pernah berkubur.

"Selepas enam tahun bersama Ikim FM, tidak sangka pula saya berpeluang untuk merealisasikan impian sebagai pengacara semula," katanya yang menganggap peluang itu sebagai ketentuan Tuhan.

Walaupun bukan asing dengan dunia penyiaran, Siti tetap merasai debaran dan cabaran yang bakal dihadapinya kerana menyedari jenama dan pengisian program yang julung kali diterbitkan itu.

"Saya akui ia bukan tugas yang mudah dan sangat mencabar tetapi tidak mustahil untuk berjaya berkat doa dan keizinan daripada Allah.

"Malah, saya juga sudah bersedia mental dan fizikal untuk berdepan sebarang pertikaian, komen atau pandangan orang ramai tidak kiralah yang positif atau sebaliknya," katanya.

Selain tanggungjawab barunya sebagai pengacara UP yang bakal bermula Oktober depan, rutin harian Siti terisi dengan tugasan penyampai radio bagi slot Warna Pagi Ikim FM dari pukul 6 hingga 10 pagi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan