Ashton Kutcher Ganti Charlie Sheen Dalam 'Two and A Half Men'

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pelakon terkenal yang juga suami kepada Demi Moore, Ashton Kutcher telah terpilih untuk menjadi pelakon utama menggantikan Charlie Sheen dalam siri komedi televisyen popular, "Two and a Half Men".

Bagi membolehkan Ashton muncul dalam siri tersebut, pihak penerbit akan mematikan watak Charlie.

Ashton Kutcher menyertai siri tersebut setelah Charlie Sheen, yang menerima bayaran AS$2 juta (RM6 juta) untuk setiap episod menghadapi masalah dengan penerbit pada Mac lalu.

Perwatakannya yang tidak menentu itu telah menjejaskan penggambaran sehingga menyebabkan penerbitan siri berkenaan terpaksa ditangguhkan.

Penerbit siri tersebut, Warner Brothers menyifatkan tindak-tanduk Charlie tidak ubah seperti ‘membunuh diri sendiri.’

Kutcher, 33, dilaporkan memberi persetujuan untuk membintangi siri tersebut pada Mei lalu dan akan membawa watak jutawan Internet yang patah hati.

"Two And a Half Men" merupakan salah sebuah siri komedi televisyen yang popular di Amerika Syarikat sejak dilancarkan pada tahun 2003 dan pernah dicalonkan dalam pelbagai kategori anugerah televisyen nasional termasuklah anugerah Emmys dan Golden Globes.

Kutcher pula mula mencipta nama dalam siri televisyen "That 70s Show" sebelum menjadi pelakon layar perak yang popular.

Charlie Sheen, 45, sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang suka mencetuskan masalah di set penggambaran dan pernah disabitkan dengan kes dadah dan keganasan rumah tangga.

Selepas dipecat daripada siri komedi tersebut, beliau telah memperkenalkan rancangan temu bualnya sendiri yang diadakan secara langsung di pentas-pentas terbuka.

Charlie Sheen yang juga merupakan anak kepada pelakon siri “The West Wing”, Martin Sheen kini menyaman Warner Brothers AS$100 juta (RM600 juta) atas alasan melanggar kontraknya dan membatalkan rancangan tersebut tanpa sebab yang munasabah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan