Adira Kibar Jalur Gemilang Keliling Rumah

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adira
Adira

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) gemar mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun.

Jelas Adira, sejak kecil dia dan keluarga bersemangat mengibarkan seberapa banyak Jalur Gemilang di kawasan rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah.

"Kami sekeluarga memang akan memasang Jalur Gemilang sebanyak mungkin pada bulan Ogos untuk menunjukkan semangat kemerdekaan.

"Saya rasa ada lebih 50 Jalur Gemilang yang bersaiz kecil di pasang di sekeliling kawasan rumah dan beberapa bendera besar dikibarkan di hadapan rumah termasuk bendera negeri Sabah," tuturnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Merdeka Astro, di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Fina, Erul, Aida, Burn dan beberapa penyampai radio Era dan THR Raaga.

Tambah Adira, biarpun belum dapat menyumbangkan jasa kepada negara tercinta, Adira menganggap sambutan dan semangat menghargai kemerdekaan perlu ada pada setiap generasi muda.

"Sebagai anak Malaysia sudah tentu saya ingin menyumbangkan jasa kepada negara, biarpun masih belum berpeluang namun sebagai mewakili generasi muda saya sentiasa menghargai nilai kemerdekaan ini.

"Sebagai artis saya masih boleh menyumbang dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," katanya.

Mengimbau kenangan ketika waktu persekolahan, Adira mengakui sering mengikuti program kemerdekaan yang dianjurkan sekolahnya.

"Semasa di sekolah dahulu, saya banyak menyertai program dan pertandingan nyanyian, lakonan dan koir tentang kemerdekaan di sekolah.

"Pada saya biarpun ia sekadar suka-suka tapi sedikit sebanyak, ia membuatkan kita faham tentang apa itu kemerdekaan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan