50 Program Merdeka Di Pelbagai Saluran Astro

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54, stesen televisyen Astro akan menyediakan lebih 50 program baru yang menekankan semangat 1Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata rancangan yang disusun akan menampilkan keunikan kepelbagaian budaya.

"Ia adalah hasil perkongsian bersama dengan rangkaian media global seperti Discovery Channel, National Geographic Channel, The History Channel dan Disney Channel serta saluran-saluran tempatan Astro seperti Astro Awani, Astro Arena, Astro Vaanavil dan banyak lagi," ujarnya pada sidang media Program Terbaru Astro Merdeka, di sini, Isnin.

Bermula 15 Ogos hingga 16 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang menonton pelbagai program-program baru seperti In Person: Usung Heroes dan Meja Bulat Merdeka Specials di Astro Awani (Saluran 501), Hotel of Malaysia dan Nature's Keepers Malaysia di Discovery HD (Saluran 571), Arena Sukan: DYMM Sultan Azlan Shah, Marina Chin dan Ishtiaq Mubarak di Astro Arena (Saluran 801).

Dalam pada itu juga, Astro turut menyemai semangat 1Malaysia menerusi muzik yang diterbitkan sendiri oleh rakyat Malaysia di satu saluran baru iaitu MyMusic di saluran 318 yang boleh ditonton mulai 31 Ogos hingga 16 September depan.

"Saluran baru ini merupakan sebahagian daripada Kempen Negaraku yang mana MyMusic memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menghantar video muzik terbitan tempatan yang menampilkan bakat seni, suara dan elemen bunyi-bunyian Malaysia," katanya.

Sebagai tambahan kepada Kempen MyMusic, Astro turut memperkenalkan MyMusic Indiepretasi yang mana ia memberi peluang kepada artis-artis muda tempatan untuk merakam semula 10 buah lagu yang diundi sendiri oleh rakyat Malaysia.

Segala maklumat lanjut tentang kempen tersebut boleh layari www.astro.com.my dan mengundi 10 lagu terbaik kegemaran mereka.

Bagi menjayakan inisiatif ini, Astro telah bekerjasama dengan penggiat seni tempatan yang berbakat besar seperti Hafiz, Adira, Hazama, Fina, Najwa, Azlan & The Typewriter, Altimet & Aizat, Phoebe, Mei, Yan, Aanantha untuk merakamkan semula lagu “Saya Anak Malaysia”.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan