Man Bai Tidak Pakai Kasut Dibeli

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH hampir 12 tahun menyepi daripada industri seni, bekas penyanyi kumpulan Gersang, Abdul Rahman Osman (Man Bai), 44, baru sahaja kembali melancarkan album solo berjudul Inspirasi.

Album memuatkan lapan buah lagu tersebut telah berada di pasaran sejak 30 Jun lalu.

Jelas Man Bai, kehadiran album terbaru itu adalah percaturan dia untuk menarik semula perhatian peminat terhadap dirinya.

Baginya, jiwa dan konsep yang dibawa melalui album yang mengandungi lapan lagu itu, mempunyai kelainan.

“Apa yang saya nyatakan, hanya boleh dibuktikan oleh peminat yang mendengar lagu-lagu saya nanti.

“Biar peminat yang menilai kualiti album itu yang mampu menjadi pengubat rindu mereka terhadap kehilangan saya selama ini.

“Sebenarnya rindu saya juga terubat melalui album ini. Rasanya sudah sampai masa untuk saya kembali menghasilkan sesuatu kepada peminat,” katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada Imran Fitri,14, Luqman Hakim,12, dan Sarah Aishah,10, itu mengakui agak takut dengan penerimaan masyarakat.

“Saya takut dengan reaksi peminat sebab negara ini mempunyai ramai penyanyi. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dalam industri ini.

“Walaupun begitu, saya tetap akan cuba mengalih perhatian peminat kepada Man Bai,” ujarnya bersungguh-sungguh.

Masih mengekalkan jiwa ‘cinta’ yang terkenal menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini seperti Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa, dia juga akan membawa peminat mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Gersang yang popular era 80an.

“Saya mengilhamkan lima lagu baru iaitu Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan duet bersama Datuk Khadijah Ibrahim iaitu Kita Cinta yang diterbitkan sendiri oleh saya.

“Selain itu, saya turut menyanyikan semula lagu Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa dengan susunan muzik yang diubah sebanyak 60 peratus berbanding lagu lama.

“Untuk menyanyikan lagu Masih Aku Terasa, saya terpaksa mengawal suara agar ada persamaan daripada suara ketika saya menyanyikan lagu itu pada usia 18 tahun dulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Man Bai turut berkongsi barang-barang berharga yang menjadi nostaliga dalam dirinya kepada pembaca-pembaca OopStarz!.

Jam tangan Rolex

Jam tangan ini merupakan barang peribadi yang sangat berharga dan mempunyai kenangan sendiri buat Man Bai.

Ia adalah milik bapa mertuanya. Bapa mertuanya pernah menjual jam tersebut di sebuah kedai jam tanpa pengetahuannya dan dia yang minat dengan koleksi jenama Rolex membeli semula jam tersebut di kedai berkenaan dengan harga yang agak mahal.

Tali pinggang

Man Bai merupakan seorang pengumpul tali pinggang dan ini merupakan salah satu koleksi tali pinggang yang termahal dan dibeli ketika dia bercuti di luar negara beberapa tahun lalu.

Songkok

Sebagai orang Melayu, Man Bai mengakui sering tampil dengan memakai songkok terutamanya pada majlis-majlis tertentu. Katanya dia selesa menggayakan songkok atau topi terutamanya ketika membuat persembahan.

Topi

Jika tidak mengenakan songkok, topi ini menjadi pilihan. Kata Man Bai, kedua-dua aksesori ini sentiasa berada di dalam kereta.

Selendang

Bagi menambahkan gaya, Mai Bai sering muncul dengan selendang. Katanya lelaki seperti dia sukar untuk bergaya lebih berbanding kaum wanita. Namun untuk tidak nampak janggal atau terlalu ringkas, Man Bai sering mengayakan selendang ini.

Jaket

Jaket ini adalah satu-satunya jaket kegemaran Man Bai, katanya ia sangat berguna dan dibawa ke mana-mana sahaja. Jaket ini adalah pemberian isteri tercinta pada hari lahirnya beberapa tahun lalu.

Telefon bimbit

Antara barang terpenting dalam hidup lelaki ini ialah telefon bimbit. Kata Man Bai, dia tidak pernah mengikuti perkembangan dan kecanggihan telefon bimbit. Telefon bimbit yang dibelinya adalah sekadar keperluan untuk mudah dihubungi sahaja.

Kaca mata hitam

Kaca mata bukan sahaja penambah gaya buat penyanyi ini, namun ia juga mengelak daripada silau cahaya yang melampau. Kata Man Bai dia wajib menggunakan kaca mata hitam untuk pemanduan terutamanya ketika berada di bawah cahaya matahari yang panas terik.

Sapu tangan

Sudah menjadi tabiat Man Bai untuk membawa sapu tangan ke mana-mana sahaja. Kata Man Bai sejak remaja lagi dia memang mewajibkan dirinya menyimpan sehelai sapu tangan di dalam poket untuk tujuan kecemasan.

Kasut

Kasut ini tidak pernah dipakai sejak dibeli. Katanya dia sayang untuk memakai kerana harganya agak mahal. Pada mulanya ia dibeli kerana minat dan mahu dipakai pada majlis-majlis tertentu tapi sampai sekarang Man Bai melupakan hasrat itu.

Foto YAP CHEE HONG

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan