Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS dihimpit dengan pelbagai kontroversi, pemilik nama Farawahida Razali atau Fara (gambar) bangkit memulakan semangat baru.

Wanita berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman lalu membuatkannya lebih matang dalam mengharungi gelombang industri seni tanah air.

Bagi penyanyi berkulit sawo matang ini, segala peristiwa hitamnya apabila dikatakan mempunyai masalah dengan bekas pengurusnya dulu sudah dibuang jauh-jauh dan kini dia mahu membuka lembaran baru dalam hidup.

“Sebagai artis, kita akan terdedah dengan apa juga kontroversi, cerita manis atau buruk.

“Namun apa yang terjadi pada saya sekitar tahun 2009 itu adalah satu pengalaman buruk yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar.

“Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya dan apa yang terjadi kepada saya juga ada kebaikan yang Allah tunjukkan,” jelasnya yang dihimpit kontroversi ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.

Tambah Fara, dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya tanpa bergantung kepada individu lain.

Biarpun penat namun kepuasan yang diperoleh daripada hasil titik peluh sendiri adalah sangat berharga.

“Saya masih belajar untuk berdiri sendiri biarpun ia bukan semudah disangka namun hasil yang saya peroleh sama ada banyak atau sikit sangat memberi kepuasan kepada saya,” jelasnya.

Sinar baru

Tiga tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, Fara akui tahun 2011 menjadi tahun untuknya bergiat aktif di persada seni semula.

Mempertaruhkan “single” terbaru berjudul Jangan Tanya Aku Lagi, lagu berkenaan menjadi lagu runut bunyi bagi drama slot Legenda di TV3, berjudul Mata Ayer.

“Jangan Tanya Aku Lagi ini menjawab persoalan peminat yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang selama ini.

“Lagu genre balada ini juga masih lagi dalam rangka promosi dan sedang dimainkan di corong-corong radio,” ujarnya yang kini mencari material baru untuk “single” kedua.

Sementara itu, Fara berkata rezekinya datang apabila ditawarkan untuk menyanyikan lagu runut bunyi drama terbaru TV3 berjudul Supermak.

Lagu berjudul Kuasa Wanita ciptaan Hafiz Hamidun itu juga masih dalam proses untuk dijadikan “single” terbarunya.

Lebih menggembirakan penyanyi ini apabila dipelawa untuk menyanyikan sebuah lagu Hari Raya.

“Saya sangat berbesar hati apabila mempunyai lagu Hari Raya sendiri berjudul Hayati Raya Sejati dan semua proses rakaman serta klip video sudah siap untuk ditayangkan pada Syawal ini,” jelasnya.

10 soalan menarik

1. Kenangan di bulan Ramadan yang tidak dapat dilupakan?

Curi-curi minum air di bilik air sewaktu darjah tiga. Ketika itu sangat dahaga selepas pulang dari sekolah. Kemudian saya sambung semula berpuasa dan berbuka bersama-sama.

2. Makanan kegemaran waktu berbuka?

Laksa utara. Saya pernah makan laksa selama sebulan terutamanya laksa yang dibeli di sebuah kedai di Taiping.

3. Pernah ponteng puasa?

Pernah, masa kecil.

4. Tabiat buruk ketika bulan Ramadan?

Makan dengan banyak waktu berbuka dan kerap tergigit jari.

5. Kuih lopes, tepung pelita dan murtabak?

Saya suka murtabak sebab saya tak makan kuih muih.

6. Tarawih di masjid atau bersama keluarga?

Di masjid sebab lebih ramai dan meriah.

7. Berbuka di rumah atau di majlis-majlis tertentu?

Saya suka masak dan berbuka bersama keluarga di rumah berbanding di luar.

8. Bangun pukul berapa waktu Ramadan?

Sekitar pukul 9 pagi, biasanya selepas sahur dan solat subuh saya akan tidur semula.

9. Makan apa ketika bersahur?

Tak tentu. Kadang-kadang sekadar minum air sahaja.

10. Mercun atau bunga api?

Biasa beli bunga api untuk adik saya.

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

Foto SAUFI NADZRI

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan