Lawak Minggu Ini Bersama Jambu Menghiburkan

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jambu
Jambu

PETALING JAYA: Program terbaru Astro Warna, Lawak Minggu ini bersama kumpulan Jambu yang merupakan episod pertama berjaya menghiburkan penonton.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata pemilihan Jambu sebagai pembuka tirai episod Lawak Minggu ini berkesan dan mampu menari penonton program Maharaja Lawak lalu.

"Pemilihan kumpulan Jambu untuk episod pembukaan ini adalah bagi menarik penonton terutamanya yang menonton rancangan Maharaja Lawak.

"Kita tahu Jambu masih lagi panas dan masih mempunyai ramai pengikut mereka dari program Maharaja Lawak lalu dan pemilihan Acong juga mengamatkan lagi suasana," katanya ketika ditemui selesai program Lawak Minggu Ini, di Auditorium Sri Cempaka, Perbadanan Putrajaya, di sini, Sabtu

Rancangan komedi terbaru Astro Warna itu bersiaran selama sejam menampilkan empat buah segmen. Setiap segmen pelawak akan diberikan masa untuk membuat persembahan selama 15 minit.

"Setiap minggu seorang pelawak akan bertindak sebagai hos dan mereka turut diberi kebebasan untuk memilih dan menyusun sendiri kandungan persembahan.

“Selain mempersembahkan idea dan pengisian lawak masing-masing, setiap pelawak turut diberi kebebasan untuk menjemput dua orang teman-teman artis,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan Jambu, Taukeh mengakui persembahan selama sejam secara langsung itu mempunyai cabaran tersendiri.

"Kami banyak memberikan lawak-lawak spontan yang mana kami telah memikirkan konsep terlebih dahulu. Ia memang mencabar kerana masa yang diberikan lebih panjang dari program Maharaja Lawak sebelum ini.

"Tapi apa yang emmbezakan ialah ini bukan pertandingan, jadi walaupun sejam kami tidak terlalu tertekan berbanding Maharaja Lawak," jelasnya.

Di minta mengulas perkembangan selepas mendapat tempat keempat dalam program Maharaja Lawak lalu, kumpulan Jambu mengakui rezeki mereka lebih murah.

"Kami banyak mendapat undangan membuat persembahan di majlis-majlis tertentu terutama pada bulan Ramadan ini, selain itu baru sahaja selesai penggambaran telemovie Jambu Hanyut arahan Bada Hj Azmi dan program Maharaja Lawak raya," jelasnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan