Yasin, Atilia Berhibur Di Viva Home - Berita Hiburan | mStar

Yasin, Atilia Berhibur Di Viva Home

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yasin akan membuat persembahan di Viva Home pada bulan Ramadan ini. - Foto NORAFIFI EHSAN
Yasin akan membuat persembahan di Viva Home pada bulan Ramadan ini. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Dua penyanyi iaitu Yasin Sulaiman dan Atilia akan menyemarakkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan membuat persembahan nyanyian di ruang legar Viva Home, Jalan Loke Yew, Cheras selama empat hari.

Persembahan bertemakan Arab itu akan diadakan pada 13, 21, 27 dan 28 Ogos ini bersempena program Insyirah Aidilfitri buat julung kalinya di tempat itu yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.

“Yasin dan Atilia dipilih untuk membuat persembahan ini kerana kualiti lagu mereka. Yasin pula mempunyai bakat menyanyikan lagu berentak ‘World Music’ dan mempunyai berunsur Arab.

“Mereka masing-masing akan membuat persembahan selama setengah jam bermula 3 petang. Penonton boleh datang menonton persembahan mereka secara percuma,” kata Pengurus Periklanan dan Promosi Viva Home, Fiona Bong.

Dalam pada itu, Yasin yang popular menerusi lagu “Nur Kasih” mempunyai banyak koleksi lagu berunsur Arab seperti “Salsabila”, “Kerana Dia” dan “Mimpi Laila”.

“Saya rasa sangat bertuah apabila dipilih oleh Viva dan sangat tertarik dengan rekaan dalaman yang dipersembahkan dalam pusat membeli-belah ini.

“Untuk persembahan itu, saya akan menyanyi sambil diiringi oleh seorang pemain “percussion”. Saya masih belum menentukan lagu mana yang akan dinyanyikan nanti tetapi yang pasti saya akan menghiburkan penonton,” katanya yang akan memakai baju Melayu dan tarbus.

Selain persembahan nyanyian, sepanjang acara itu akan diadakan beberapa aktiviti seperti pertandingan menganyam ketupat, persembahan gamelan, tarian balet dan jualan di gerai-gerai yang disediakan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan