David Beckham Tambah Koleksi Kereta

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David mendukung anak perempuannya, Harper Seven.
David mendukung anak perempuannya, Harper Seven.

NAMPAKNYA Harper Seven bukanlah satu-satunya yang menjadi anggota baru dalam keluarga David dan Victoria Beckham.

Sebaliknya dia juga mempunyai satu lagi 'anggota keluarga baru' apabila menambahkan lagi koleksi kereta-keretanya dengan membeli sebuah kereta Ferrari 612 Scaglietti berharga RM870,000 (AS$300,000).

Harga asal kereta tersebut adalah RM725,000 (AS$250,000) tetapi David membayar lebih kerana melakukan beberapa perubahan pada kereta tersebut.

Kereta yang berwarna hitam itu diletakkan di rumah sementara pasangan tersebut di Malibu ketika mereka kini sedang bercuti musim panas.

David turut meletakkan angka '7' di bahagian belakang kereta tersebut bersempena dengan nama anak yang baru dilahirkan pada 10 Julai lalu.

Angka itu juga amat bermakna buat David kerana dia begitu sinonim dengan jersi angka 7 ketika bersama dengan kelab bola sepak, Manchaster United.

Antara kereta mewah lain yang dimiliki David ialah Escalade, BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche dan beberapa buah motor berkuasa tinggi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan