Atilia Lancar Album 'Indah' Di Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Atilia bakal melancarkan album “Indah” di Jakarta Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurutnya, dia sudah menandatangani kontrak dengan syarikat Demajors di Jakarta yang akan mengedarkan album di negara itu.

"Saya tertarik dengan tawaran untuk mengedarkan album ini di Indonesia kerana saya memang ingin memasuki pasaran negara itu.

"Saya akui, lagu-lagu saya kurang diterima oleh kebanyakan pendengar muzik di negara ini dan pendengar di sana lebih menyukai muzik jazz selain penduduk Indonesia sangat ramai," kata Atilia ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Jelasnya, selain melancarkan album, dia juga mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert mini di samping kumpulan Sore dari negara itu.

"Saya mempunyai lagu duet dengan kumpulan muzik Sore berjudul “Silly Little Sing” dan sekarang ini kami sedang mencari masa yang sesuai untuk meneruskan projek ini.

"Saya juga mendapat tahu lagu tersebut serta sebuah lagi lagu berjudul “Harus Bagaimana” mendapat sambutan yang baik di sana," katanya yang bakal tampil dengan album yang dihasilkan semula dengan tambahan klip video.

Album “Indah” yang akan dipasarkan di Indonesia itu memuatkan 10 buah lagu termasuk tiga klip video termasuk lagu “Indah” dan “Silly Little Sing”.

Atilia yakin album tersebut bakal mendapat sambutan di negara itu memandangkan Ratu Jazz Negara iaitu Datuk Sheila Majid pernah memasuki pasaran Indonesia dan diterima ramai peminat.

"Datuk Sheila Majid telah membuka jalan kepada penyanyi negara ini untuk memasuki pasaran Indonesia. Jadi, agak mudah untuk saya meraih sambutan yang baik di sana," ujarnya yang baru selesai menjalani rakaman “Konsert 4 Bintang” terbitan Astro di samping penyanyi Jaclyn Victor, Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, anak kepada penyanyi Salamiah Hassan ini juga bakal melancarkan laman sesawang myhati.my yang menjual aksesori dan beg tangan wanita.

Perniagaan itu diuruskan bersama-sama sahabatnya, pelakon Yasmin Hani dan disempurnakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan