Ida Nerina Kembali Berlakon Filem

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ida Nerina (gambar) kembali aktif dalam industri seni tanah air dengan melakonkan watak Jah menerusi filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menurut Shuhaimi, pelakon itu yang sebelum ini mengalami kecederaan pada tulang belakang selepas insiden kemalangan di rumahnya pada Jun 2009 bersetuju untuk melakonkan watak yang diberikan dan telah menjalani penggambaran pada bulan lalu.

“Setiap kali membikin filem, pasti saya teringat pada Ida Nerina. Saya selesa bekerja dengan Ida yang pernah berlakon dalam beberapa filem arahan dan terbitan saya sebelum ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 dan 1957 Hati Malaya.

“Saya tertarik dengan cara persembahan lakonannya dan kredibiliti Ida sebagai seorang pelakon yang versatil dalam melakonkan setiap watak,” katanya kepada mStar Online.

Biarpun watak Jah yang dilakonkan oleh Ida hanya sekadar pelakon undangan, Shuhaimi yakin kemunculan wanita itu pasti memberikan impak kepada penonton.

“Saya pasti para penonton pasti menanti-nantikan kemunculan semula Ida di layar perak. Walaupun tidak melakonkan watak utama, tetapi Ida tetap memberikan lakonan yang mantap dan bertenaga,” kata Shuhaimi yang cuba seimbangkan antara watak utama dan watak pembantu dalam filem tersebut.

mStar Online cuba mendapatkan Ida, namun dia enggan ditemu bual.

Tanda Putera mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Filem yang menelan belanja RM4 juta itu turut dilakonkan oleh Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Kamarulzaman Taib atau Che' Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar).

Shuhaimi turut mengundang pelakon lain seperti Fizz Fairuz, Kavita Kaur, Zoey, Ika Nabila dan Alan Yun.

Jelasnya, filem yang memilih Ipoh, Perak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sebagai lokasi penggambaran ini turut menggunakan teknik janaan komputer (CGI) sebanyak 40 peratus untuk memberi kesan kepada imej bangunan lama.

Tanda Putera dijangka ditayangkan di pawagam pada pertengahan 2012.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan